iklan

Followers

Pages

Monday, 7 February 2011

Anak-anak itu membahagiakan

Gelagat anak-anak memang menghiburkan. Ada juga yang memeningkan. Tadi Azri dan Arif sama-sama aktif bermain bola dalam rumah. Riuh mulut si baby Arif menyebut "Gollll.....!!". Kadang-kadang bola tu dimasukkan ke dalam baju lagak mengandung aje gayanya.

Tiba-tiba mereka senyap aje. Rupa-rupanya Azri pasangkan CD nasyid kanak-kanak yang aku belikan. Leka betul mereka berdua mendengar nasyid tu. Arif pun yang selalunya tak boleh nak duduk diam siap terbaring di sebelah abangnya, Azri.

Dua tiga kali juga Azri ulang CD tu. Tiba-tiba Azri bertanya dengan si baby Arif "Arif! Arif dah insafkan?" sebaik saja lagu nasyid yang terakhir habis. Terkejut aku dengan soalan Azri, lansung aku ketawa! Rupanya Azri dah mengantuk. Dia dah malas nak ulang CD tu untuk Arif. Macam-macamlah Azri ni. Tak sangka pulak aku boleh soalan itu yang Azri tanya!

4 comments:

Ummiross said...

MasyaAllah, smartnya soalan tu, tak sangka kan, kadang2 kanak2 ni kemampuan dia orang di luar jangkaan kita,they are so cute

Adzriel AB said...

ummiross : itulah kadang2 seronok layan budak2 bercakap coz kadang2 ada idea2 diaorang yg tak terfikir dek kita yg dewasa ni tapi boleh pakai.

nur said...

Bijaknye.. boleh terfikir tu tanya insaf ke.. comel aje..
Jemput ke:ALL IN ONE

Adzriel AB said...

nur : azri tu mmg selalu ada soalan pelik2. kdg2 pening juga nak jawab.