iklan

Followers

Pages

Tuesday, 1 February 2011

Bapukung - Adat Banjar


Korang pernah tengok baby duduk dalam buai macam ni? Masa anak sulung aku masih baby dulu pernah la masuk buai duduk macam ni kat kampung suami aku. Kakak ipar akulah yg mengikatnya. Aku memang tak reti & malas nak meretikannya. Kena ada cara & tekniknya yg betul. Jangan jadi lain pulak nanti..he..he.. Takut? Rilek le... tak pernah lagi aku dengar baby mati sebab "bapukung" ni. Eh! Lupalak.. ni orang banjar panggil "bapukung". Sebut betul2 ye!

Inilah salah satu adat orang Banjar yg unik masa nak bagi baby tidur terutama bila selsema. He..he.. hidung tak le tersumbatkan. Kalau tak asyik meragam je susah nak tidur. Kedudukan sama seperti posisi janin dlm rahim ibu sangat menyelesakannya.

Idea orang dulu2 ni, kalau tak ikat takut jatuh pulak budak tu. Jadi diikat manja2 gitu. Baby tu rasa macam dipeluk je. Ibu duduk bersimpuh dan beri tepukan manja di punggung gebunya. Pasti dia tidur lena sambil tu zikir le dengan suara lemak2 merdu ala2 Siti ke.. *(^_^)* Memang boleh lama baby ni tidur.


Sekarang hanya segelintir sahaja orang Banjar yg mengamalkan "bapukung" ni. Generasi muda pun mungkin ada yg tak tahu, apatah lagi bila dah berkahwin dengan Jawa, Minang dan lain2lah lagi. Ha..ha.. macam kacukan pulak ye, kacukan rupa Melayu. Tak ada beza pun.

Mungkin orang luar (bukan Banjar) yg tak biasa rasa tak selesa buat macam ni, tapi aku orait je. Kalau tak, tak kahwin le aku dengan husband aku ni gamaknya. Dialah keturunan Banjarnya. Walau pun mak aku Jawa, tapi rasanya aku lebih faham Banjar daripada Jawa. Mmm...kadang2 terkebil juga nak faham. Aku senang je....tak faham bertanya!

5 comments:

Hanis Azla said...

kak, ini sesuatu yg baru bagi saya walaupun bapa mertua saya orang banjar.. nampak sangat selesa anak tu..

Adzriel AB said...

hanis : tadi akak tunjuk kat hubby. dia tanya mana dpt gambar tu..ha..ha..cilok kat fb cousin dia. boleh le nanti hanis tanya en asben.

Bapak said...

dengar cerita memang lena baby yang tidur dlm bapukung ni

Adzriel AB said...

bapak : kelima2 anak saya masa baby yg tidur dlm buai lebih lena drp tidur kat lantai. bapukung ni apply kalau depa selsema je.. hidung tak sumbat. ada juga yg time sihat pun buat camni.. memang lena bagai dipeluk ibu.

fadhdeela said...

xpernah dengar kak sblm nie..huhu tp comey la muka baby tu..anakk sape la tu hihi :P

Meh sini Video Usop Wilcha & Johan di ABPBH!!