iklan

Followers

Pages

Tuesday, 15 February 2011

Ambil lesen, pandu berhemah

Sedih hati aku bila terpandang tajuk berita di Harian Metro hari ini : Murid maut jatuh van. Mula-mula kau sangkakan akibat kemalangan perlanggaran, rupanya sebab yang sangat aku tidak boleh terima.

Ianya benar2 buat aku kesal dengan apa yang berlaku. Aku rasa kalau kalian baca berita penuhnya ini pun akan rasa geram.

Moga mendapat hukuman bagi orang yang terlalu mementingkan wang hingga mengabaikan keselamatan insan lain. Ibu bapa juga sepatutnya mengambil tahu tentang operasi van yang dinaiki oleh anak-anak. Nyawa dan keselamatan anak-anak janganlah kita pertaruhkan.

Baca berita penuh di sini.....Harian Metro.

Kerana hal-hal beginilah aku selalu bercerita dengan anak sulung aku, Aishah. Anak remaja aku yang berusia 15 tahun. Usia yang kukira dalam tempoh perubahan sikap keanak-anakan kepada lebih matang. Pada usia inilah harus kita sedari sikap ingin tahu dan mempertahankan keinginan sendiri dalam diri mereka agak ketara. Ini hanya berdasarkan pengalaman aku semasa tinggal di asrama dulu. Alhamdulillah setakat ini dia baik-baik aje.. but closely monitoring!

"Aishah! Ada perbezaan di antara orang yang memandu kereta mempunyai lesen dan tidak berlesen walau pun yang tak ada lesen tu dah ada pengalaman memandu bertahun-tahun".

Kalau yang berlesen tu dah tentu dia belajar tentang banyak undang-undang jalan raya walau pun selalu juga tak ikut. Yang tak berlesen memang tahu juga undang-undang tetapi pengetahuannya terhad dan jika berlaku kemalangan akan tak terbela, dapat hukuman lagi.

Memandu kereta juga merupakan satu tanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain. Kita harus peka menjangkakan sesuatu perkara dan pantas membuat keputusan. Dengar nasihat orang lama dan terus belajar mendalam ilmu memandu dengan cara yang betul. Kenali kenderaan anda...he..he..macam expert sangat! Perasan!

Jadi pada yang muslim, tak perlulah sambut Valentine's Day ni. Itu bukan lesen untuk buktikan kasih sayang dan bukan budaya kita pun. Ambil 'lesen' dulu, lepas tu 'celebrate'lah hari-hari. Tiada siapa nak marah pun, malah dapat pahala!

Selamat menyambut Maulidur Rasul... moga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w tercinta...Selawat ke atasnya Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

6 comments:

ummiross said...

Memang sedih baca berita kemalangan tu, akibat sikap acuh tak acuh kita, orang lain jadi mangsa..

Dinas Aldi said...

Betul tu, banyak bezanya antara pemandu yg mendapat lesen secara sah & yg memegang lesen terbang (bukan pilot tau, kehkeh)

Salam Maulidur Rasul buat Adzriel.

Hanis Azla said...

minta di jauhkan.. sedih bila dengar berita kemalangan mcm ni.. Salam maulidur rasul kak..

kay_are said...

ingat cte pasal kete.. rupe nye ade maksud tersirat kat situ ye.. hee..

fadhdeela said...

ciankan bdk tu!! org lain punye pasal dia yg kena.. huhuhu

Meh singgah: Betul ke kuda boleh stim tgk manusia???

Adzriel AB said...

deela : mak budak tu nak saman dlm metro hari ni.