iklan

Followers

Pages

Friday, 11 February 2011

Ruginya tak makan sayur!

Dinner malam tadi aku masak simple je. Teringin juga nak masak macam kat Jalan-jalan cari makan ni. Ha..ha.. makin montellah anak2 aku nanti. Lebih ngeri dengan aku sekali montel, oh! Janganlah!

Aku cuma masak sayur bayam masak manis, kepak ayam masak kicap & tumis lala ikut suka hati aku. Ayam dengan lala memanglah agak laris bagi anak2 aku. Tapi susah betul diaorang ni nak makan sayur.

Sayur bayam tu cuma diambil kuahnya aje. Selalu macam tu bila aku masak sayur apa2 pun. Itu yg buat aku malas nak masak sayur. Kalau lobak merah tu boleh le laku sikit. So akulah menghabiskan sayur bayam tu buat sarapan hari ini. Sempoii!

Semuanya mengikut hubby aku yg tak berapa gemarkan sayur. Dia makan sayur2 terpilih aje seperti lobak merah, kacang buncis, tomato, kacang bendi. Kalau kobis, sawi dan ulam2 memang kena reject le. Apatah lagi peria, petola, labu air, kangkung dan banyak lagilah yg mak aku selalu masak masa aku kecik2 dulu.

Nak dikatakan orang lelaki tak suka sayur tu tidak juga sebab abang2 aku semuanya makan sayur. Ulam2 pun diaorang ratah macam tu je. Agaknya kebetulan je gamaknya kawan2 lelaki aku masa belajar dulu memang tak gemar makan sayur. Ehhh... bukan ramai pak we ye! Dulu study elektrik, memang ramai lelaki dalam kelas aku. Nisbah 1 (perempuan) : 5 (lelaki)

Rugilah diaorang ni tak makan sayur. Aku pernah terbaca (lupa dah kat mana!), Nabi pesan jangan makan daging hari2 nanti keras hati. Jadi menu tu kena selang seli dgn sayur & makanan lain.

Pernah dengar tips orang tua2 kalau menanam jagung kena selang seli dengan tanam kacang tanah atau apa2 yg sesuai supaya tanah tu subur. Ini mak aku lah yg cerita masa kecik2 dulu.

Apa kaitannya dengar sayur? Seperti yg Nabi kita pesan le untuk seimbangkan sahsiah & kiasan mak aku supaya sihat! Asyik makan lauk je.. banyak betul kumpul lemak! Kata nak sihat!

Nak share yg aku jumpa setelah search kat google :

"21. Tidak memakan daging setiap hari, melainkan berselang hari. Diriwayatkan oleh Imam Turmudzi dari Aisyah ra, dia mengatakan bahwa bahagian lengan atas adalah daging yang paling disukai Nabi. Namun beliau tidak memakan daging setiap hari."

Kalau nak baca lagi tips tentang makanan cara Islam,
klik Makan cara Rasulullah.
Sangat menarik untuk diamalkan!

2 comments:

Ummiross said...

Ee ummi sukanya lala,dah lama tak makan, kat sini susah nak cari lala..

Adzriel AB said...

ummiross : jumpa kat giant, nampak segar je, teringat anak ada menyebut nak makan lala. tu yg beli.