iklan

Followers

Pages

Monday 14 February 2011

Apa yang penting? Kerjasama!

Terbaca aku tentang kerisauan seorang ibu di facebook. Siibu menulis di wall sekolah yg berkenaan :

"assalam..anak saya tahun 2 ada bercerita ada kawan2 dia selalu duduk atas balkoni tingkat 2..petang semalam semasa htr anak tahun 3 kesekolah saya dongak keatas..rasa terkejut x terkata..yg duduk pada beranda balkoni tu de tapi ada beberapa pelajar main lompat2 tangan di luruskan atas balkoni..separuh badan melepasi balkoni.saya hanya sempat memekik dan memberi isyarat tangan supaya jangan lompat..bayangkan kalau anak2 saudara dan saudari adalah budak2 yg saya maksudkan..harap ibubapa pesan dan peringat kat anak2 masing2.. sekian- ambil cakna

Wow! Kalau aku pun risau juga. Terima kasih pada ibu yg perihatin ni kerana menulis di wall facebook sekolah. Sekurang-kurangnya menjadi 'alarm' pada para ibu bapa. Ini pula respon dari pihak sekolah yg menyedari ianya adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan anak2 murid mereka di kawasan sekolah.

"salam.....sila berikan cadangan untuk mengatasi masalah ini kepada En.xxxxxx 019-xxxxxx atau tulis surat kepadanya atau boleh email terus kepadanya selaku YDP PIBG XXX email: xxxxx@gmail supaya boleh ianya mencari jalan bagi mengatasi ...masalah tersebut dan di bawa dalam mesyuarat induk AJK PIBG nanti."


Seperti entry aku sebelum ni dalam Ikat tali kasut pun tak pandai! : "Selesaikan bahagian kita sebagai ibu bapa dahulu, kemudian baru mohon bantuan yg lain agar dapat bekerjasama".

Sikap anak2 sering juga berbeza biar pun dari satu keturunan. Apatah lagi murid2 dari beratus-ratus keturunan. Memang sukar dikawal. Oleh sebab itulah kerjasama antara ibu-bapa & para guru sangat penting untuk sama2 mencari jalan penyelesaian kepada masalah sebegini.

Sebagai di pihak ibu, aku lebih suka menasihat & mengingatkan anak2 aku dahulu, kemudian pihak sekolah juga turut melaksanakan 'countermeasure' yg berkesan. Sama2 melaksanakan tanggungjawab masing2 secara bekerjasama.

Bak kata Wonder Pets : Apa yg penting? Kerjaaaaasamaa!!

6 comments:

Hanis Azla said...

saya pun ambil langkah gitu.. ingatkan anak2 sendiri dulu.. minta dia ingatkan kawan2nya pula.. so sama2 kita jaga keselamatan.. tak boleh juga nak sentiasa harapkan cikgu2 disekolah pantau ttg isu keselamatan ini.. Jadinya better kita ingat mengingati sebelum apa yg buruk terjadi..

Hanis MY said...

betul tu stuju sgt apa2 hal bermula dr rumah dah peranan ibu bapa sgtlah ptg...

p/s:akak...ye ke rest miyagi tu ada kat bangi? rest jepun ke?

Myvitrd said...

anak2 memang kena pantau.. bahaya tu.. mau dia lompat kebawah lain jadinya nanti

Liza @ Adzriel AB said...

hanis azla : betul tu.. tak larat le cikgu2 nak menjaganya.

hanis my : ada..depan masjid jamek rasanya.

myvitrd : tak tau le apa countermeasurenya. larat ke nak pasang grill tinggi2?

Unknown said...

woah... btul ke??? thank you for sharing the info... walaupun anak saya masih kecil.. will make it as my future reference...

Liza @ Adzriel AB said...

Nurul Aula : kena rajin bertanya aktiviti anak2 di sekolah.