iklan

Followers

Pages

Saturday, 5 February 2011

Pecah kaca pecah gelas

Dah ajal kau cik pinggan!

Sudah baca harap balas.... zaman dulu2, pantun ni memang popular. Zaman surat menyurat pakai posmen. Tapi yang nak aku cerita ni pasal pinggan kaca yg anak aku pecahkan.

Baru je aku nak mengadap PC, Azri dah jatuhkan pinggan kaca ke lantai. Apa lagi, berderai le pinggan yg aku beli 16 tahun yg lalu. Sedih? Tak juga... tak ada jiwa agaknya aku ni. Dah ajal pinggan tu. Nak buat macam mana! Nak di marah sangat budak tu, tak juga. Cuma suruh ke tepi je la sebab takut terpijak kaca. Tak adilkan kalau nak marah budak tu! Korang bayangkan kalau hubby aku yg bagi pecah, tidak aku nak marah! Ada la aku bebel sikit supaya pegang pinggan betul2. Tipu lah kalau aku diam je. Pengajaran juga buat dia!

Apa yg aku buat, sapu semua kaca guna penyapu & penyodok sampah. Aku guna vacuum cleaner utk sedut sisa2 yg mungkin aku tak nampak & halus. Last sekali aku ambil surat khabar & renjiskan dengan air bagi lembap. Aku lap lantai guna surat khabar lembap yg aku renyukkan tadi supaya sisa2 kaca lekat pada nya.

Selain daripada dapat bersihkan sisa kaca, surat khabar yg lembap sangat berkesan utk lap cermin sampai bersih berkilat. Tak payahlah korang sibuk2 beli kain lap yg mahal2 utk lap apa2 jenis cermin pun. Boleh buat lap cermin tingkap, cermin muka, cermin kereta..... tapi cermin mata aku tak lap dgn surat khabar lembap le pulak!

2 comments:

Lina said...

semasa pembesaran anak2 dah bape biji pinggan n gelas dah pecah...salah satu proses pengajaran jg tu hehe

Adzriel AB said...

lina : biasa le tu.. usahkan budak, kita yg tua pun byk pecahkan pinggan (tak termasuk yg purposely baling pinggan ye!) kena pulak yg anak 5 ni... berapa dah ye agaknya. *(^_^)*