iklan

Followers

Pages

Sunday, 6 February 2011

Tiada akar, rotan pun berguna

Maknanya : Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga

Jenguklah link ni...ada banyak lagi koleksi peribahasa : http://peribahasamelayu.com/

Hari ni aku nak share dengan korang ada banyak lagi peribahasa yg lebih kurang je maknanya :

1. Macam aku ni lah kan, tak mampu nak beli kereta MyVi, terus ajelah pakai kereta Kelisa buruk tu. Asal boleh juga bergerak ke mana-mana. Habis jauh pernah sampai ke Semanggol, Perak. Selalu juga pergi ke Jengka, Pahang.
Peribahasanya : Kalau tiada MyVi auto, Kelisa manual pun boleh juga.

2. Ini kes kawan blogger aku di Hanis Azla dalam entrynya di sini. Bacalah kalau nak tau kisah sebenar.
Peribahasanya : Kalau tiada kasut, selipar nenek pun boleh juga.

3. Kisah abang kandung aku masa bujang di rumah sewanya dulu. Dia cerita kat aku, setiap pagi bila bangun tidur je dia akan bancuh milo atau teh panas & biarkan atas meja makan sebelum masuk bilik air utk mandi. Bila dia dah mandi, ada kawan serumah yg suka sangat menyakat yg minum air yg dia buat tu. So satu hari tu dia bancuh air mcm biasa tapi tak kacau guna sudu, dia guna berus gigi dia sendiri. Dia letak air tu atas meja & pergi mandi. Bila keluar dari bilik air, seperti yg dijangka ada yg minum air tu. Abang aku pun buatlah pengumuman "Sapa yg minum air ni mesti sedap sebab aku kacau dgn berus gigi aku"...yarghhh... Ha..ha... sejak hari tu tak de saper curi minum air dia lagi.
Peribahasanya : Kalau tiada sudu, berus gigi pun boleh juga.

4. Korang tentu biasa buat atau tengok orang buka tin susu atau tin sardin guna pembuka tin. Bila nak guna pembuka tin tu kena potong keliling permukaan tin sikit2. Macam2 jenis pembuka tin ada. Tapi sekarang banyak juga tin susu yg kalau nak buka cuma tarik je cangkuk dia. Kaizen le tu..improvement. Entah kenapa aku lebih suka guna pisau biasa je untuk buka tin yg tak de cangkuk ni. Caranya sama je ; aku potong pemukaan tin sikit2 secara putaran bukan tebuk sikit2 tau. Hati2 tau kalau tak confident tu jgn buat sebab pisau biasa tak ada stopper macam alat pembuka tin tu. So kalau nak gi camping mana2 ke tak payahlah aku nak bawa 2 benda seperti pisau & pembuka tin. Cukup bawa pisau je!
Peribahasanya : Kalau tiada pembuka tin, pisau pun boleh juga.

5. Masa aku sekolah rendah ugama dulu suka beli ABC ; Air Batu Campur. ABC yg di campur kacang, cendol, jagung, agar2 & macam jugalah. ABC ni di minum dari beg plastik kecil bertangkai. Kalau sekarang semuanya dah guna cawan plastik. Minum airnya memang sedap tapi kalau dapat isinya lagi sedap. Dulu2 manalah ada depa nak bagi sudu plastik... kampung pulak tu. So kawan akulah yg ajar buat sudu guna straw. Straw tu dileperkan & dilipat tengah2 jadi 2 bahagian. Kemudian yg sebelah di lipat lagi ; jadi mcm segitiga kat hujungnya. Adjust sikit bagi jadi mcm lekuk sudu. Boleh le nak cedok kacang dah! Kalau tak paham, try le banyak kali... susah2 sangat ambik le sudu tu.
Peribahasanya : Kalau tiada sudu, straw pun boleh juga.

Bagi aku, kehidupan kita ni kenalah fleksibel. Guna apa yg ada & ikut kemampuan kita.

8 comments:

sya said...

kreatif! :)

Adzriel AB said...

sya : pengalaman supaya jgn terlalu manja.. he..he..

echah said...

hahah..kelakar pun ade.;p

echah mashuri said...

betul tuh.hidup kna fleksibel.:)

aliefcmoi said...

ni berlaku kat kampus alief..kampus alief blocked facebook..tapi blog dia tak blocked..bak kata peribahasa,tak ada facebook,,blog pun boleh juga..haha.. akak,,kalau free,dtg la blog alief..alief perlu sgt nasihat2 blogger2 lain ttg hasil penulisan alief kat blog..thanx akak..do support me..mana taw,,insyaAllah suatu hari nnti alief nak jadi blogger yg hebat mcm ben ashari.. thanx akak,,
http://aliefcmoi.blogspot.com/

Adzriel AB said...

echah mashuri: betul tu, tak boleh melangut tunggu satu benda je... kena berani step out dari kebiasaan juga.

aliefcmoi : ha..ha.. mcm tu le. moga tercapai cita jadi hebat mcm ben. so kena ikut cara dia tapi personaliti sendiri.

Hanis Azla said...

sangat menariklah kak.. betullah, kalau dah takde tu, fikiran kena kreatif sikit, barulah kerja boleh jalan..
thanks yer masukkan link saya sekali..

Adzriel AB said...

hanis : ok le tu...janji boleh nak menapak. selipar nenek pun no hal.