iklan

Followers

Pages

Thursday 17 February 2011

Graf saham aku naik hari ni

Terkejut pulak aku pagi ni bila seawal pukul 8.00 tetamu yang masuk blog aku dah mencecah angka 15 orang. Biasanya dah tengahari barulah nak capai dalam 10 orang je.

Aku layan dulu komen2 tetamu2 yang dihormati. Kemudian barulah aku masuk blog Ben Ashaari dengan Tajuk : Kata dah ... Oooo...patut le, nama aku dah tersenarai. Atas sekali pulak tu. Walau pun Ben letak ikut sempat dia je pasal banyak senarai yang dia nak copy paste, rasa happy bila tengok nama on top. Perasan top kejap..he..he..
Terima kasih Ben!



Gambar bawah ni pulak saat-saat yg sempat aku print screen pada pukul 10 pagi online 11 orang. Tak boleh lawan le visitor online kat blog Ben je ada 63 orang (tengok gambar atas tu). Jumlah visitor pun dah naik ke 36 orang termasuk aku sekalilah tu. Aku yang masih baru dalam dunia blogging ni memang rasa dah banyak betul angka ni.



Hebat sungguh penangan penyertaan aku dalam "Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS" dalam blog Ben. Aku yakin teman2 blogger yg lain yg turut serta dalam segmen ni pun terasa meriahnya blog dengan kedatangan tetamu yg baru & lama.

Terima kasih pada semua yang sudi melawat blog ni sama ada pertama kali atau berkali-kali. Komen yg membina daripada semua sangat2 aku hargai. Pada silent reader blog ini, terima kasih atas sokongan anda dan aku ucapkan terima kasih juga dengan komen penghargaan oleh Anonymous ini di entry lama aku "Bukan Ben 10, Ben Ashaari". Terharu aku...eceehhh!

11 comments:

daddydian said...

syabas! follow anda dah!

Liza @ Adzriel AB said...

TQ DaddyDian... anda genapkan visitor saya yg ke 100 dan nombor pageview yg cantik 6,633.

daddydian said...

wah! mmg special!! tapi plet vehicle number saya 6688!.. hehe..

Unknown said...

tahniah kak...
tak sempat nak join segmen abg ben tu..dah terclose plak...huhuhu

ummiross said...

waa meriah,meriah...,tahniah Adzriel..

Asri Alam said...

tahniah. bila nak upkan trafik kena selalu apdet dgn abg ben. sebab sekali muncul dlm entri dia pasti meriah blog jadinya. aku tak penah join event dia tp tgk rakan blogger yg lain

Muhammad said...

tahniah2,,teruskan usaha...

umiawadah said...

seronokkan..saya turut merasa tempias kegembiraan ini..walaupun hanya kenal di blog sahaja...

Liza @ Adzriel AB said...

DaddyDian : cantik no tu.. itu no kad matrik saya 068..hampirlah kan..

NahDaTuLIzaH : tak pe..abang ben awak tu rajin buat segmen. mana yg sempat tu cubalah join. saja uji diri sendiri.

ummiross : sebab ummiross tak jemu menyokong saya hari2.

Sasa Al-Sharif : akak tak sesuai join event org muda2 ni. seronok beramah mesra online pun dah ok. tak terasa sunyi dunia kita.

matika : TQ mamat yg byk bagi ilmu pd akak.

ummiarissa : kegembiraan yg baik elok dirasai bersama, yg duka jadi panduan. kalau dpt jumpa tentu bestkan.

* ainul AB * said...

Tahniah kakakku yg comel *(^_^)*

Well done!

Congrats to our beloved elder sister as well... for cheering her day up with her flying color result in her MBA exam recently. Cayalah Ngah!

If I have more time, I will write more... I wish!

Time is money, hehe...

Liza @ Adzriel AB said...

Ainul : TQ darling... tahniah kat kau juga for excellent sales asterisk boutique.
wahhhh.... ngah memang hebat. nak call dia!