iklan

Followers

Pages

Thursday 3 February 2011

Laksa sedap tepi jalan

Semalam, aku lalu depan kilang Sony (Bandar Baru Bangi) yang bersebelahan kilang Denso semasa nak ke Alamanda, Putrajaya. Aku terasa kelainan suasana parking lot utk pekerja Sony depan kilang tersebut. Patutle...hutan di sebelahnya dah kena tolak. Depa dah tambak semua kawasan rendah di situ. Tak taulah depa nak buat apa.

Tapi aku tengok ada sesuatu yg masih berdiri teguh di situ. Aku rasa ramai orang Bandar Baru Bangi yang tau gerai laksa & cendol sedap kat situ. Kak Maz, rakan sekerja aku yg kenalkan aku tempat tu. Dulu kami lepak kat gerai tepi jalan tu sambil makan laksa Penang & cendol pulutnya. Memang sedap....!!

Tak sempat nak ambil gambar pun sebab aku pun tengah drive. Mood nak cepat pun ada.

Kadang2 hubby aku beli masa weekend untuk kami makan kat rumah. Anak2 aku memang suka laksa ni sebab nak kata pedas sangat pun tidak juga. Sedang2 aje! Baby Arif pun suka bila aku tambah kicap sikit dengan kuah laksanya ambil rasa sikit je.

Ini antara blog yang aku jumpa yg turut bercerita tentang gerai tersebut di Enjoy your life don't endure. Boleh nampak gambar lama gerai di tepi jalan. Sekarang ni dah tak ada pokok dibelakangnya. Selalu penuh masa lunch hour & hari Jumaat lebihlah ramainya. Dah la sedap, murah pulak tu.

Lokasi betul2 menghadap kilang Sony yg kita boleh nampak dari Lebuhraya Seremban-KL. Di tepi jalan Persiaran Pusat Bandar 1. Boleh le nak try bagi peminat laksa.

7 comments:

sekamar rindu said...

salam...


munum cendol..bestnya...tapi nape tak mabik gambar cendol tu..nak tengok..

:)

Liza @ Adzriel AB said...

tak singgah situ pun semlam. lalu aje. tu...kat blog ni ada http://lina-klina.blogspot.com/2010/07/cendol-laksa-di-rimba-bangi.html

saya jumpa masa google search!

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Entry saudara mengingatkan akak zaman duk bangi dulu.....

Liza @ Adzriel AB said...

fuziani : bolehlah kita pekena laksa lagi kalau akak datang sini.

ummiross said...

ummiross memang peminat laksa,apa2 laksa pun ummi suka. Nanti datang Sarawak ummiross belanja Adzriel laksa Sarawak ye...

yanamib said...

ouh yeah? sy duk bangi pn xtau ada gerai laksa sdp kt area situ..hihi..sbb jarang pn lalu situ..boleh la nk try nnt..mmg hari² bukak ek? =)

Liza @ Adzriel AB said...

jom yana, hari2 le kot coz cuti pun kadang2 hubby beli.