iklan

Followers

Pages

Monday 28 February 2011

Seronok guna kad kredit?

Gambar dari On-line Warkah Daily

Menggunakan kad kredit memang seronok kalau anda dapat:
1. Bayar semula pada bank berapa jumlah penuh yang anda guna setiap bulan.
2. Bayar tepat pada masanya. Baca Suka bayar lambat!

Tapi apa yang berlaku sekarang?
Ramai yang kantoi. Anda memang kantoi bila :

1. Bayar sebahagian daripada jumlah dalam penyata akaun.
2. Kad sudah 'over limit'
3. Cuma bayar 'minimum payment'
4. Mula tertunggak 1-2 bulan
5. Buat pengeluaran tunai melalui kad kredit
6. Berhutang lebih daripada 2 kad
7. Disenarai hitam

Maknanya anda memang tidak berkelayakan untuk menggunakan kad kredit.
Apa nak kena buat? Kalau aku le untuk elak daripada tambah hutang.
1. Kita bakor je! Bakar kad tu le... dah terikut pengaruh Hantu Kak Limah pulak.
2. Gunting je kad kredit tu.
3. Tinggalkan kad kredit tu kat rumah.

Buat apa lepas tu?
1. Bayar hutang sampai habis, cuba bayar lebih daripada minimum!
2. Bila dah habis bayar, terus pergi bank dan batalkan kad tu! Jangan pakai kad kredit dah

atau bacalah kejap Hargai gaji anda!

Ini data aku sendiri ;
Mereka
yang call aku kerana nak bertanya tentang refinance kad kredit!
1. 90% daripadanya adalah lelaki. Wanita kurang guna kad kredit ke?
2. 99% adalah dari golongan yang bergaji antara RM1,000 ~ RM3,000.
3. Ada seorang ni masih bujang, gaji lingkungan RM1,000, tak ada tanggungan pun tapi jem nak bayar kad kreditnya yang had maksima cuma RM3,000. Tabiat buruknya suka keluarkan tunai guna kad kredit! Masalah tak akan selesai jika sikap tak berubah!

Baca fakta kad kredit di Online Warkah Daily.

p/s : Alhamdulillah kalau anda bijak menguruskan kad kredit anda! Ianya memudahkan jika digunakan dengan betul!

11 comments:

Hanis Azla said...

Alhamdulillah, dah lama dah tak guna kad kredit time shopping.. guna kad kredit pun untuk isi minyak dengan beli tiket air asia aje..

Fairus Bin Mamat said...

DULU GUNA JUGAK.. SEKARANG TAK LAGI.. TAKLEH NAK CONTROL..

Kujie said...

had kad kredit kak jie 11K , satu kad lagi 7K

kalau lah ikut nafsu.........terlingkut semua tu.

tapi tak pernah sekali pun keluarkan cash guna kad kredit.
tak pernah beli barang kat supermarket guna kad kredit.... isi minyak dgn beli online, tiket kapalterbang atau tiket wayang ( sebab nak buat tempahan)

memang melawan nafsu betul ni..sebab dulu dlm thn 90'an ada juga pengalaman tak boleh kawal tapi tak de la serius mana, cuma bila ekomoni gawat masa tu, sakit.....

pengajaran dari pengalaman....

tiap bulan bayar satu kad tu rm 50+ ( bayar insuran melalui kad kredit)

satu kad lagi memang total statement penggunaan petrol.

mungkin dah matang - jadi boleh kawal....yang seriau xcluse muda yang baru kenal dunia.

-Sara- said...

mase swept mmg best, xingat donia! mase bayor tu yg xbest, menggigil2 tangan nih! haha :P

ummiross said...

Hehe bakor je...
hantu kak limah xpe lagi, hantu 'kak kredit' lagi bahaya..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : sama la... utk isi minyak je sebab malas nak ke kaunter & beratur.

Fairus Bin Mamat : sebab tu akak pakai satu kad je.. takut tak tercontrol.

Kujie : kalau keluar cash, bank caj RM50..banyak tu.

-Sara- : time bayar memang tak best lansung..ha..ha..

ummiross : sangatlah bahaya.. kekadang terbabas juga. masa tu memang sorok kad tu kat rumah jap. isi minyak pun pakai cash sampai hutang settle.

Anonymous said...

Nice blogs...

Aku Tak Tau Aku Ni Pengguna Kad Kredit Tahap Apaa.. Dulu masa awal2 kerje Aku penah apply Kad tapi reject la sbb gaji dlm statement tak byk. Tapi la ni mcm byk je yg promote.Boleh kata aku ada bbrapa keping kad plastik ni.Tapi setiap kali approve aku suruh dia hadkan kepada sama dengan gaji aku je.Tapi mmg taktik bank ni suka tmbah had kad tu. Ini yang aku mmg geram.1 kad utk urusan syarikat, 1 kad lagi byr semua bil spt phone,astro,tnb dgn insurans hayat.2kad lagi utk urusan belanja rumah.Biasanya total caj sebulan dalam 2K.60% dari gaji aku.Skrg aku pun dlm proses mengurangkan semua2 tu.1 kad aku make sure full payment. Yg selebihnya byr lebih dari minima.Skrg ni aku tanamkan prinsip guna kad kredit ni boleh je.Amalkan byr balik dari duit simpanan selang bbrapa hari. Agak2 6 bulan lagi baru boleh habis.Next tindakan melenyapkan kad.Nak guna 2 je spt yg disarankan oleh BNM walaupun tu langkah yg disarankan utk org yg berpendatan 36k sethun.

Liza @ Adzriel AB said...

Anonymous : TQ.. seelok-eloknya memang maximum pun guna 2 kad. kalau kita tau camner nak urus, alhamdulillah. i akan menyenangkan urusan pembayaran kita. cuma rata2 ramai yg terlajak guna... itu yg sakit tu.

kyle said...

kyle guna tunecard visa debit, krn xde gaji g huhu

Anonymous said...

Salam semua..Alhamdulillah syukur aku kian mencapai matlamat habiskan hutang kad plastik ni.. Next aku nak target nak buang satu kad..kalau aku simpan pun kene caj jugak. Satu lagi malas nak melayan jurual tru phone call ni..sibuk la nak tanya pasal kad plastik ni masih pakai ke tak.Mmg kerja diaorg cari pelanggan.Tapi aku rasa aku tolak tu dengan cara baik..Tapi diaorg ni mmg tak putus asa..ada yg call dari company yg sama tapi org yg berlainan.Manis betul bila berckp..janji mcm2 aje.. Mungkin aku tak aware sgt ttg peraturan ataupun peraturan yang masih longgar yg menyebabkan mereka2 ni masih beroperasi menjual produk melalui talian telefon.Memang tiada paksaan tapi mampu mengelirukan dan membuatkan pengguna terjebak lagi2 dengan menyatakan perbualan direkodkan.. So, sama2 beringat.

Anonymous said...

Salam semua,

Objektif nak buang 1 kad dah tercapai.. Sekarang ni slowly nak habiskan saki bagi kad lagi 1..kalau bayar minimum...mau dua tahun gak la..tapi aku tak pernah bayar minima..bayar lebih dari minima..kad nyer dah patah..jadi aku x boleh guna pun kad tu kecuali untuk pembelian online..

Ok all, selamat berhari raya, berjimat cermat dan berhati2 dimana saja anda berada..

Maaf zahir batin