iklan

Followers

Pages

Monday 14 February 2011

Kasih sayang setiap hari

Valentine's Day? Ooo..tidak! Aku tak pernah sambut pun & tak suka nak nak meraikannya. Hari-hari aku kasih & hari-hari juga aku sayangkan hubby aku. Hari yg kami raikan bila hari ulangtahun perkahwinan aje! Itu pun beli kek atau pergi dinner ramai2 dengan anak2. Kalau nak berdua bila ada kesempatan & tidak pernah dirancang pun.

Aku tak pernah mendengar perkataan "I love u" dari hubby. Dia sangat pemalu untuk mengucapkan perkataan yg romantik ni. Aku sendiri tidak pula ada rasa kesal dengan sikapnya kerana aku tahu dia sangat sayangkan aku.

Kalau ada pun bila aku bertanya "ayah sayang mama tak?", barulah dia nak jawab "sayanggg!". Itupun selepas 2-3 kali aku bertanya, dijawap pulak dengan tersipu-sipu. Kalah anak dara! He..he..! Suka aku mengusik dia.

Tak guna jugakan kalau ramah menyebut "I love u" atau "sayang" tetapi ramah juga menyebutnya dengan wanita lain! Oh! Tak rela aku! Tapi aku yakin ramai para suami yg hanya ramah menyebutnya dengan isteri tercinta. Ha..ha.. ye kan!

Perkara penting bagi aku bila hubby melaksanakan tanggungjawab sebagai suami & bapa yg baik & penyayang. Dia jarang menunjukkan kasih sayangnya dengan kata2 tetapi dengan perbuatannya.

Aku mengenali hubby selama 3 bulan, bertunang setahun & kini usia perkahwinan telah melepasi usia 15 tahun. Tidak pernah sekali pun dia mengasari aku sebab hubby aku ni berbudi bahasa orangnya. Aku terpikat pun kerana lembut tutur katanya. Comel lak tu. Lain betul dengan aku yg bersuara lantang ni.. he..he.. jodohkan!

Meluahkan kasih sayang itu lebih penting dengan perbuatan yakni melaksanakan tanggungjawab yg sepatutnya. Tetapi jika di susuli kata-kata indah akan lebih mengasyikkan.

Fahami kelebihan & kekurangan pasangan. Jangan kerana kekurangan yg remeh membuatkan kita lupa pada kelebihannya yg mungkin susah nak ada pada orang lain.

6 comments:

kay_are said...

kesimpulan nyee.. say no to valentine sayang ari2 bukan sayang 14 feb je.. huu

Fairus Bin Mamat said...

Kasih sayang setiap hari lebih bagus dari setahun sekali.. :)

ummiross said...

romantik dalam diam kan Adzriel, semoga bertambah2 kasih sayang dengan rahmat Allah

Liza @ Adzriel AB said...

kay_are : betul..tak elok pun nak celebrate valentine. bukan ugama kita punyer.

Fairus : yg setahun sekali tu kasi xtra sikit.

ummiross : malu2 kucing..he..he..

Anati Soki said...

hehehe.. sweet sgt!

Liza @ Adzriel AB said...

anati soki : nanti turn anat pulak ye! ha..ha.