iklan

Followers

Pages

Thursday 17 February 2011

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH

Aku telah di tag oleh Cik Izah dari
~ HiKaYaT NahDatuLiZaH

supaya turut serta dalam

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH
(Klik tajuk untuk baca syarat-syaratnya)

Banner contest

Ucapan buat ibu kerana melahirkanku

Ibu, dua hari dua malam kau menahan kesakitan
namun belum juga aku menjenguk dunia
Allah masih belum mengizinkannya
hatimu memang tabah dan cekal
masih sempat menunjuk wajah di kenduri saudara
malam itu tatkala yang lain diulit mimpi
kau berjuang dengan segala ketabahan yang ada
20 Januari 1973, jam 1.30 subuh yang sunyi
tiba-tiba berderaian tangisan tanda kehadiranku
lelah sungguh dirimu kerana aku
'kembar darah' yang sangat memedihkan
kau bertarung nyawa kerana aku
menangis gembira kerana kehadiranku

aku mula membesar
dari kanak-kanak meningkat remaja
yang terkadang buatmu sedih
kedegilanku yang mengecewakanmu
adakalanya aku terlupa siapa dirimu
ibu yang melahirkanku
tapi masih juga aku merengus kata-katamu

adakala aku terlalu mengikutkan rasa
berdosanya aku melukakan hatimu
namun sayangmu tidak berubah
kerana tulusnya hatimu
ibu yang melahirkanku

ucapan terima kasih buatmu ibu
yang telah melahirkan aku
yang mendodoikan agar lena tidurku
yang selalu risau sakit peningku
yang tidak membiarkan ku kelaparan
yang sentiasa mengajar aku erti kehidupan
yang meniup semangat ketabahanku
yang tidak jemu mendoakan aku

semakin dewasa semakinku mengerti
segala jerih melahirkan dan membesarkanku
kerana kini aku juga seorang ibu

buat ibu yang melahirkanku
tiada apa yang setandingmu
tiadaku mampu membalas jasamu
cukup aku mengingatkan diriku
gembirakan hatimu diusia senja ini
jangan ku guris hatimu walau sedikit
kerana syurga itu di bawah telapak kaki
ibu kerana melahirkanku

Aku tag 3 orang
Hana Sakura
Ainul AB
Wardah Alisya

Kalau ada yang nak join klik
CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH
Tarikh tutup : 25 Feb 2011

6 comments:

Hanis MY said...

wahhh bestnyaaa akak...hanis tak reti la huhu..takut plak baca syarat2 peraduan kena alamat mesia... mmg ada pun tapi nanti tgk hanis kat jepun ni kena reject wuwuwu takpelah cuba je dulu thanks tag!

Liza @ Adzriel AB said...

he..he.. lupalah pulakkan ada kat jepun. boleh juga luahan rasa seorang anak. dapat hadiah nanti akak jaga le..he..he..

Unknown said...

sedihnye bace...bahasa akak memang puitis...thanks kak.. and gudluck! :)

Wardah alisya said...

Salam..terima kasih tag WA..semoga berjaya!

Maaf sbb WA tak sempat nak join..WA xda broadband kt sini..pinjam kawan je..kt skola pun wireless tutup..huhu..

Keep in touch~~~

Liza @ Adzriel AB said...

Alisya : tak pe alisya... aunty maklum keadaan alisya.

MAIZURA MOKSIN said...

tahniah ^^