iklan

Followers

Pages

Tuesday 28 June 2011

Tiada lagi harijadi ke 75!

Hari ini, setiap kali aku melihat handphone akan ternampak tarikh 28 Jun 2011. Hati aku akan teringat dan mengenang dia yang telah tiada. Tahun lepas, 28 Jun 2010 adalah kali terakhir aku mengucapkan selamat hari jadi pada ayah.

Harijadi ayah yang ke 74, itulah yang terakhir. Ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 19 Ogos 2010. Tahun lepas adalah tahun pertama kami menyambut aidilfitri tanpa ayah. Aidilfitri tanpa membakar lemang kegemaran ayah.

Hingga kini aku sering mengulang youtube ini saat melihat perpisahan dengan ayah buat selama-lamanya. Terasa tidak percaya melihat jasad ayah di dalam kain kapan itu dimasukkan ke dalam liang lahad. Ingin aku menyentuhnya tapi apakan daya itu tidak mungkin akan terjadi.

Doa moga ayah sentiasa mendapat limpahan kasih sayang dariNya, Allah yang maha esa. Aku sentiasa merinduinya. Al-Fatihah!

Ayah sempat naik pentas menerima geran tanah Felda dari Dato' Adnan selaku Menteri Besar Pahang masa tu.

8 comments:

insan_marhaen said...

Takziah...Allah lebih menyayangi beliau..akak dah 12 tahun tanpa abah..baru2 ni Mac lalu akak kehilangan ibu tercinta...hanya tuhan yg tahu kesedihan hati..dan orag2 yang pernah 'kehilangan' shj akan memahami perasaan kita...

Anonymous said...

x sempat tp tarikh itu masih boleh dikenang..anggaplah tarikh tu masih wujud seperti terasa kehadirannya...al-fatihah...kisah kita sama tapi tak serupa.

Ain Hashim said...

sedih...al-fatihah

Sofya said...

alfatihah buat arwah..
semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

jeBateja said...

sabtu ni nak balik kampung lah kak....tgk mak ayah....uhukz...rindu plak rasanya...

Lulu Caldina said...

tabah yer kak liza.. :(

ummiross said...

Al Fatihah untuk arwah ayah Liza, moga rohnya dicucuri rahmat.

A.s.t.i.n.a said...

Alfatihah.. semoga ditempatkan di kalangan yang beriman di sisiNya..