iklan

Followers

Pages

Friday 15 July 2011

Bijaknya gagak, jahat pun gagak juga!

Setiap kali membaca surat khabar Harian Metro atau Kosmo, aku memang tak lepas dari membaca komen ringkas pengguna melalui SMS. Ringkas tetapi menyengat. Ada juga kawan aku yang perasan dengan perangai aku ni "Liza ni kalau baca surat khabar, berita SMS tu memang favorite dia!".

Pagi ni sempat baca Kosmo je sebab masa aku singgah kedai tadi surat khabar Harian metro belum sampai.

Ini antara yang menarik perhatian aku. Sorry sebab tak boleh nak scan, printer aku rosak. Tak sempat nak memikir untuk repair. CPU aku berasap kelmarin pun belum di rujuk ke kedai komputer pun.

Ini SMS yang dekat dengan kawasan aku :

"MPKJ tolong ambil tindakan, ribuan gagak muncul pada waktu senja di Bandar Baru Bangi, Seksyen 16 berhadapan Bank Islam. *BOSAN"

Apa yang Wikipedia terangkan tentang burung gagak? Klik SINI.

Gagak seringkali dikaitkan dengan kekotoran dan kejahatan.

Bila disebut gagak, secara spontan aku akan teringat Bandar Kelang. Banyak lagikah gagak di sana? Lama benar aku tak ke sana sejak zaman bujang dulu. Aku harap gagak tidak lagi bertamu di sana. Kehadiran burung gagak memang menyebabkan kita rasa terganggu untuk melakukan kegiatan harian.

Sebab itulah ada yang SMS memohon pihak MPKJ melakukan sesuatu untuk menghalau burung-burung gagak itu. Gagak ni pandai menyelongkar sampah dan disepahkan pula di atas jalan. Akibatnya seluruh kawasan menjadi kotor dan mudah mengundang penyakit.

Tapi penyebab asalnya dari sikap segenlintir manusia juga yang menjemput gagak datang. Sikap tak menjaga kebersihan inilah yang menyebabkan mereka yang suka menjaga kebersihan menjadi marah. Seterusnya masalah ini umpama network yang berkembang. MPKJ terpaksa melakukan sesuatu untuk menghentikan network yang telah dikembangkan lagi oleh kawanan gagak ini.

Pernah dengar Ops Gagak siber? Awas ye! Mana-mana para ibu dan anak dara jangan mudah tergoda dengan kumpulan gagak siber ini. Mereka menggoda hingga segalanya tergadai harta dan maruah. Ikuti penyiasatan yang agak terperinci Mazidul Akmal di SINI.

Pada pertengahan tahun 1980-an dan 1990-an pula pernah muncul satu kumpulan samseng yang dinamakan kumpulan Gagak Hitam. Berita lama kat SINI. Glamour betul gagak ni kan!

Ada juga yang kata burung gagak ini petanda akan berlakunya malapetaka yang sering dikaitkan dengan kemalangan atau kematian. Adakah ia benar atau hanya kebetulan. Tak tahulah nak kata , takut jadi khurafat je pulak. Baca kisah kemalangan bas di Cameron Highland dulu di SINI.

Ada peribahasa "Seperti burung gagak pulang ke benua" yang memberi erti walau pun dah pergi jauh ke dunia luar tapi tetap tak berubah dengan perangai buruknya bila pulang.

Perihal buruk saja tentang gagak. Hadis yang berkaitan yang aku petik dari SINI.

Menurut hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: "Ular, kala jengking, tikus dan burung gagak adalah haiwan yang keji." Ulama telah membuat kesimpulan dari hadith ini bahawa semua jenis reptilia, termasuk yang dari keluarga ular, adalah haram.

Ada juga kisah menarik bagaimana burung gagak menolong orang :

Tentu ramai yang pernah baca dan dengar kisah bagaimana Qabil mendapat ilham bagaimana hendak menanam mayat saudaranya sendiri, Habil dari seekor burung gagak. Ini kisah Habil dan Qabil anak Nabi Adam a.s, bukannya dalam slot samarinda TV3 tu. Menarik olahan kisahnya di SINI.

Lihat bijaknya burung gagak dalam youtube ini oleh National Geografic , channel kegemaran anak aku.


5 comments:

Ummiross said...

burung gagak ni antara burung yang bijak, tapi pengotor..hik!

Syazwan Che Deraman said...

minggu lepas ada pergi klang.
bnyak gagak!.
kotor.
kat terengganu susah nak tengok gagak nie kak..

Dr K said...

kawasan seksyen 16 tu mmg kotor! nak nak kalau lepas pasar malam...mana lah tak byk gagak

A.s.t.i.n.a said...

ewwww...

adzril bg emel adress ke dygastina@gmail.com

cepatan`

suria lekatlekit said...

kumpulan gagak hitam tu teringat lak filem 80an kalau tak silap gila2 remaja. Ada jugak geng gagak hitam. :D