iklan

Followers

Pages

Friday 1 July 2011

Pipi yang makin membulat

Malam tadi hubby buat aku geram betul gara-gara gambar aku dengan Datuk K. Bukanlah sebab dia jeles aku bergambar dengan Datuk K (tak de maknanya nak jeles!) tapi sebab 'kelebaran' aku. Dia siap kutuk aku pulak tu, cisss :

Hubby : Huu... terkejut ayah tengok gambar mama sekarang, makin besar!

Aku : Heh! cari pasallah tu!

Hubby : Dulu slim je! Sekarang nak peluk pun terasa bezanya
(sorry ye! ayat gurau orang dah kahwin!)

Aku : Tudung tu yang tak sesuai! Alaa... baru sekarang je nampak gemuk, selepas dah 16 tahun kahwin. Itu pun ayah punya pasal bagi anak 5. Alasan nak cari yang slim ke ni?

Hubby : (Sengih je!)

Alasan tak mengaku 'lebar'
Memang warna dan cara berpakaian itu mempengaruhi bentuk wajah dan badan kita. Cuba korang tengok gambar bawah. Ini gambar waktu siang dan malam pada hari yang sama. Gambar siang tu tembam tak pipi bulat aku? Tak sangatkan? Memang tudung tu tak sesuai... ishh! Spoil betul!

Aku pulak jenis tak pandai nak make-up shading-shading blusher bagi bentuk bujur. He..he.. dah muka bulat nak di bujurkan pulak. Semuanya main hentam aje! Mungkin kena belajar dengan blogger Little Love Always ni cara nak make-up mata yang betul.

Itulah kena buat sesuatu sebab gila makan aku agak sukar nak dibendung sekarang. Hajat nak turunkan 5 kg pun dah cukup. Lepas tu paksa hubby bagi reward atau kejayaan aku, berangan dulu. Agak-agak berapa lama ye aku boleh capai target tu?

Mana tahan kalau :

1- Hubby suka kutuk yang selalunya dibalas tamparan dan cubitan manja kat belakang dia.
2- Banyak baju yang dah tak boleh nak pakai.
3- Kena pulak beli baju baru - duit lagi!
4- Tak comel dah! Tak boleh tutup dengan make-up pun.
5- Tak boleh nak eksyen dah dengan hubby! He..he..!

Tak kisahlah lebar atau tak lebar pun. Yang penting jangan malas buat kerja. Slim pun kalau pemalas pun tak ada maknanya.

5 comments:

-Sara- said...

aahla kak liza, mmg beze sangat :)

Unknown said...

liza sana dengan liza sini sama2 challenge sapa kurus dengan cepat ye..

Ibu Muda 30series said...

tak pe lah kak liza..lebar2 pon dah 5

wani ni yg parah kalau lebar, baru 2..lum 5 lagi...huhuu

ummiross said...

hehe bulat pun masih ayu...

Unknown said...

hari ni ramai isteri buat entry pasal body bulat..heheheh..
saya pun...!
ekekek