iklan

Followers

Pages

Monday 6 June 2011

Kerja berat sekali-sekala



Mencabut dan menyangkul rumput belakang rumah. Terasa berat sangat le cangkulnya. Inilah kalau jarang buat kerja-kerja macam ni. Baru buat sikit dah terasa penat sangat. Mulalah teringat semasa aku kecil-kecil dulu. Kerja-kerja begini tidaklah pelik sangat bagi aku.

Selalunya hubby aku yang membuang rumput-rumput dan lalang di belakang rumah ni. Sekali-sekala juga aku yang selesaikan semua bila ada mood dan mata naik rimas tengok semak-semak ni. Tapi sejak akhir-akhir ni hubby aku memang tak sempat nak buat. Cuma sempat tolong menyapu di ruang parking dan siram pokok bunga setiap pagi aje. Bukan banyak pun pokok bunganya. Adalah dalam 5-6 pasu aje. Aku bukan jenis rajin nak layan pokok bunga. Kerja dalam rumah ada lagi banyak nak kena selesaikan.


Lebihan rumput ni aku suruh anak teruna aku isi dalam beg sampah hitam besar. Dah berusia 13 tahun pun anak teruna aku tu. Baru isi dua beg dia dah lelah "penatlah mama!". "Itu baru isi rumput dalam dua beg sampah, yang mama ni cangkul dan cabut semua rumput yang abang kutip tu penat juga. Sebab tulah kena kuruskan badan! Abang tu dah terlebih berat!" balas aku. Memang terlebih berat pun ; Beratnya abang ni!

Habis licin semua rumput, dapatlah isi empat beg sampah hitam yang besar tu. Itu pun aku bantu dia penuhkan beg yang ketiga dan keempat. Buat sama-sama!

Kalau tinggal di kampung memang aku bakar dah rumput-rumput ni. Dah tinggal di bandar ni, kumpul dalam beg sampah aje la.

Insyaallah! Memang impian hubby dan aku nak turap aje dengan simen dan pasang awning dan pagar penuh aje kat belakang rumah ni. Tak perlu nak melayan rumput lagi dan bolehlah aku alihkan mesin basuh kain keluar. Kalau hujan pun tak risau dengan kain baju yang di gantung kat sini semasa keluar bekerja. Insyaallah! Moga rezekinya akan tiba juga suatu hari nanti.

7 comments:

sarah-najwan said...

bagusnya buat keje2 gini
kuar peluh dan sihat
laman pun bersih..

kat laman blkg umah saya pun gtu la..sarat ngan pohon serai merimbun..sampai jiran blkg sound:
"smlm nmpk anak ular"..huhu

ptg nati hubby nk tebas..igt nk buat simen gak..bole letak brg2..buat bumbung

Liza @ Adzriel AB said...

sarah-najwan ; serupalah cita2 kita rupanya.. he..he.

Lydia Miza said...

bestnyer keluarkan peluh.jgn la turap.leh tanam serai , kunyit dan semua ulam2 kat situ.tepi pgr leh tanam pokok kacang panjang atau kacang botol.sayang jika disimen

zati embong said...

hihi,kak sama dgn jat.kalau boleh biar je simen semua halaman rumah.bukan jat ambil tahu pn pokok2 lada yg ma tanam kat luar.ma dtg rumah mesti bebel sbb pokok lada dia da mati.huhu

Dr K said...

Abang berat dia dah 85kg, umur 13 tahun? Kena make sure dia aktif bersukan, Insya Allah cepat turun berat badannya..sebab metabolisme kanak kanak tinggi..

Liza @ Adzriel AB said...

Lydia Miza(Aidyl Azim) : kita tanam dalam pasu je le... tak larat nak layan semak tu.

zati embong : ada juga anak tanam lada.. mati juga.

Daddy Ziyyad : nak kena paksa juga tu. kalau tak dia rela lepak dlm rumah aje.

Unknown said...

lama tak buat kerja2 berat ni..
sejak musim panas..
saya tak larat nak mengharung panas2 tu..
nanti nak kena buat jugak la..
luas laman belakang ye kak..
boleh la tanam apa2 tu...