iklan

Followers

Pages

Friday 1 July 2011

Ada ke yang nak upah aku buat header?


Ilmu IT tidak seberapa, hanya tahu guna Excel, Power Point dan sedikit Words. Semua ilmu tu aku dapat semasa bekerja dulu. Hanya basic saja dan tak pernah rasanya hadir mana-mana training anjuran syarikat berkaitan software yang aku sebut untuk jadi lebih advance. Aku banyak bertanya mereka yang pandai sebenarnya.

Dengan ilmu itu sajalah entah berapa kali dah aku tukar header blog ni. Dua ni aje yang ada failnya dalam laptop aku ni, yang lain tak boleh nak buka dalam PC aku yang terbakar kelmarin.

Ada juga yang agak kelakar aku rasa! Masa baru mula belajar-belajar buat header kat SINI. Aku paling suka header blog anak aku, Asyikin yang aku buat sejak January 2011 dan tetap kekal hingga kini dalam entry INI.

Ini yang terbaru aku buat tadi. Gambar background sama aje. Cuma ubah sikit-sikit aje seperti yang korang nampak ni.
Orang lain ada yang buat sendiri juga, ada yang kawan buatkan dan ada juga yang bayar upah orang lain yang lebih profesional untuk menghasilkan header yang cantik. Aku tetap begini seperti yang aku pernah ceritakan tentang perkara-perkara yang aku suka buat sendiri di SINI. Agak gila-gila sikit tapi gembira walau tidak sesempurna mana.

5 comments:

Muhammad Izuan said...

kak x try lg ke font haritu?

Anonymous said...

kalau tulisan LIZA AB tukar warna hitam g cantik..rasanya biru n hijau bkn warna yg sesuai utk dimatchkan...

Unknown said...

saya pun buat sendiri je kak liza..
saya ni lagi la..asas langsung tak de..
maklum la..sekolah pun takat tingkatan 5 je..sekolah dulu mana ada ajor benda2 komputer ni.heheh..semuanya atas bantuan tunjuk ajar kawan2 blogger je..

Kak Aya said...

wahh kreatif ye Liza ni..kak aya tempah pd designer...ada niat nak belajar buat header sendiri tp tak tau bila waktunya

ummiross said...

bestnya Liza, ummi yang tak pandai, boleh buat tutorial tak, hik!