iklan

Followers

Pages

Tuesday 15 February 2011

Sambung kisah lesen memandu

Seperti yang aku kata sebelum ni, ambil lesen dan pandu dengan berhemah. Polis pun tak saman kalau kita ada lesen semasa memandu kecualilah lesen tu dah expired. Syarat-syarat lain tu sepatutnya orang yang berlesen memang dah tahu.

Tapi lesen memandu pun ada kategorinya. Jangan ada lesen kereta kemudian ada hati nak memandu bas.

Samalah dengan kita sebagai manusia yang berugama. Nikahlah dulu kalau suka! Ada halangan? Adalah sebabnya Allah tak izinkan dan kenalah kaji sebabnya.

Nikah tu umpama lesen yang menghalalkan hubungan dua insan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tak ada expired date pun sehinggalah si suami yang meng'expired'kannya. Si lelaki pun ada kuota ambil 4 lesen pada satu-satu masa tapi adalah syarat-syaratnya. Ingat senang??

Hari kekasih menjadi alasan untuk bersama. Kononnya ingin meraikannya bersama kekasih tercinta. Masalahnya itu bukan budaya kita yang berugama Islam.

Keseronokannya hanya sekejap saja. Akibat dari perbuatan itu yang boleh buat orang merana sehingga ke akhir hayatnya. Kalau ada perasaanlahkan!

Fikirkanlah akibatnya jika mengandung, ditinggalkan pula, anak lahir dibunuh pula. Sejak bila jadi pembunuh? Cuba bayangkan kalaulah mak ayah tahu atau masyarakat tahu. Sama ada sipelaku di terima kembali atau dicerca yang sudah tentu sangat 'makan dalam' hati!

Tak terkilankah bila kena masuk penjara gara-gara melakukan 'sesuatu' yang sebenarnya boleh dapat pahala jika yang melakukannya ada 'lesen' sah sebagai suami isteri.

Kalau ada 'lesen' sah sebagai suami isteri ; dah la dapat pahala, mana ada masuk penjara pun. Kalau mengandung pun semua orang jadi gembira.

Kalau tidak, glamorlah macam dalam berita ni dan tambah dosa-dosa yang nak ditanggung lagi!

Tengok berita di harian metro ni apa yang berlaku semalam :
Berkhalwat bawa anak kecil
8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat

Yang ini pulak dah hilang akal :
Bekas kekasih ugut simbah asid
'Tugas suami bimbing isteri, bukan mendera'

11 comments:

Hanis MY said...

ngeri la baca berita2 kat paper skrg ni huhu...

Liza @ Adzriel AB said...

hanis my : nilai kemanusian tu dah terhakis. kita risau masa depan anak2 kita.

Anati Soki said...

haaaish.. diorng nih kadang2.. nk sronok yang sementara. nk keseronokan aje.. kesan pe smua tuh diorng tak k pikir.. haaaish.. sma2 kita amek pengajaran

Luqman Zakaria said...

huhu..betul tuh anat..

Liza @ Adzriel AB said...

anat & arep : jiwa kena kuat. *(^_^)*

eqbalzack said...

salam kak..skrg ni cerita2 kat paper kes bunuh je...nak keluar rumah pun dah risau semacam je. hehe

Liza @ Adzriel AB said...

eqbalzack : salam.. pagi ni pun berita depan kat seksyen 16 bandar baru bangi kes bunuh diri & racun 2 nak kecik.

Kujie said...

BIla anak kecik2 dengan masalahnya...cepatlah besar anakku

Bila anak dah besar lain kerenahnya - risau pula dengan kehidupan di luar sana.

Liza @ Adzriel AB said...

kak jie : anak2 semakin meningkat remaja. memang risau sangat dgn pengaruh luar. sebab tu saya cuba rapat dgn anak2.

So Shy Lady (SSL) said...

haisyh...risau la harap kita n family kita t.tlibat dgn prkara sbgitu. amin

Liza @ Adzriel AB said...

So Shy Lady : amin.. doa sangat2..