iklan

Followers

Pages

Friday 4 February 2011

Makan bersama lebih seronok!


Apa kebaikan duduk semeja bila sarapan, makan tengahari, minum petang atau makan malam bersama :

1. Dapat berkomunikasi segala aktiviti harian sama ada gembira atau duka bersama keluarga.

2. Mengeratkan kasih sayang dalam keluarga bila mana kita sering berkomunikasi dan cuba memahami dan mengerti apa yang ahli keluarga kita sedang lakukan.

3. Mengelakkan pembaziran makanan. Bila makan berasingan, kita selalu menyimpan sedikit makanan untuk ahli keluarga yang belum makan. Jika tiba2 dia tak nak makan, maka makanan akan terbazir.

4. Mendidik anak-anak supaya mempunyai sikap tolong menolong, bertolak-ansur dan berkongsi makanan, kegembiraan dan kedukaan.

5. Inilah antara masa yang terbaik untuk kita meluangkan masa bersama-sama keluarga kerana setiap masa yang berlalu itu tidak mungkin dapat putar semula ; anak-anak semakin membesar dan kita juga semakin tua.

Jadi, nikmatilah detik-detik makan bersama keluarga. Jangan menjadi seperti kera sumbang yang sering menyisih diri makan seorang diri sedangkan kita masih ada keluarga yang disayangi.

Ha..ha... yang mana memang tinggal sendirian tu tak masuk senarai ye. Tapi eloklah makan bersama teman2 jika berpeluang. Maklum sajalah, kadang2 tu waktu kerja berbeza. Komunikasi penting untuk meredakan ketegangan fikiran.

6 comments:

Ayuni said...

haah, seronok mkn ngan family...

Kujie said...

Salam

Terimakasih singgah blog Kak Jie , datang dah lewat, kami sekeluarga dah makan malam....pinggan pun dah cuci...hehe

ummiross said...

Memang seronok makan ramai2, meriah...

Liza @ Adzriel AB said...

Ayuni : dah ramai2 ni memang kecoh tapi seronok.

Kujie : TQ Kak Jie for visit me. Tak pe..masing2 kena cuci pinggan sendiri.

ummiross : bila kita dapat makan sama2 ni?

MumMe said...

Mumme singgah sarapan lewat pagi sini... :)

Liza @ Adzriel AB said...

TQ mum! pegi pasar bangi dulu ke tadi? he..he..