iklan

Followers

Pages

Tuesday 22 February 2011

Pergi yang tiada ganti - Sudirman (Alfatihah)


Waktu itu aku masih lagi menuntut di POLISAS, Kuantan ketika dikejutkan dengan berita pemergian buat selama-lamanya seorang penghibur terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di serata Asia. Allahyarham juga yang pernah mencipta nama di Dewan Royal Albert, London.

Tempoh 19 tahun telah berlalu dan selama itu jugalah Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad telah pergi buat selama-lamanya pada 22 February 1992. Alfatihah.

Baca sejarah Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad yang bukan hanya sebagai penyanyi tetapi banyak perkara2 lagi hebat yg telah dilakukannya.

Lagu2nya sangat menyentuh hati & menyimpan seribu satu kisah yg tersirat. Setiap kali aku mendengar lagu2nya, minda aku akan menghayati setiap baris kata yg seolah-olah adalah luahan hatinya. Terkadang boleh juga mengalir air mata bila dikenang kembali jika benar itulah yg terpendam di hatinya. Dulu ada juga beli kasetnya tapi dah hilang entah ke mana.

Bait2 katanya yg sangat puitis & nyanyiannya begitu mendayu dengan penuh perasaan.

Antara lagu yg sangat menyentuh hati aku : (lagu ni auto - klik utk stop!)


Sudirman - Hujan

hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

cinta yang bersemi
di waktu hujan turun
menyirami ketandusan hati
dan hujan turun mengiringi
engkau pergi

selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini

hujan yang turun bersama air mata
bersama pedih bersama rindu
kau datang dan pergi jua
rindu lagi

6 comments:

Siti Hajar Masri said...

al-fatihah..

farah fauzi said...

al fatihah..saya juga membesar dengan lagu2 arwah..

Hanis Azla said...

al-fatihah utk arwah.. suka dgn lagu2nya..

ummiross said...

Ummi pun minat sangat dengan Allahyarham Datuk Sudirman, Al Fatihah...

Ibu Muda 30series said...

ever green song :) masa arwah meninggal, wani baru tadika...

Fairus Bin Mamat said...

LAGU SALAM TERAKHIR MENUNJUKAN DIA SENDIRI TAHU DIRINYA AKAN MATI.. APAKAH PERASAAN SESEORANG YANG TAHU DIRINYA AKAN MATI TAK BERAPA LAMA LAGI.. MACAM SEORANG BANDUAN YANG DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG.. PASTINYA SANGAT TAKUT..