iklan

Followers

Pages

Friday 18 February 2011

23 Buah Sekolah Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

SMKJ4

Alhamdulillah, sekolah menengah tempat anak sulung aku belajar termasuk dalam senarai 23 Buah Sekolah Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi yang diumumkan semalam ; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Anak aku kata tadi ada banner mengenainya dah siap. Tahniah!!

Memang patut diiktiraf pun kerana murid2 yang diterima masuk ke situ di tapis daripada keputusan UPSR 4A, 1B & 5A sahaja. Cuma sejak 2 tahun yang lalu tapisannya lebih ketat kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A sahaja. Bermakna pelajar2 yang masuk ke situ memang yang pandai2 belaka.

Homework punyalah banyak anak aku dapat. Nasiblah kan kalau nak pandai! He..he.. Dah itu tanggungjawab sekolah untuk kekalkan prestasinya. Yang untung pelajar jugakan... untuk masa depan korang juga!

Aku tabik pada sekolah-sekolah yang mana asal pelajarnya bukanlah ditapis2 macam SMKJ 4 ni. Tabiklah kan dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi ni sebab bukan senang nak ubah anak2 murid yang 'slow' jadi 'excellent'. Tahniah pada semua guru-guru dan ibu bapa yang bertungkus-lumus bekerjasama memastikan sekolah masing menjadi tempat yang terbaik untuk anak2 anda belajar. Apa yang penting? Kerjasama!

Tahniah!!! Berita penuh di sini : mStar Online

1 comment:

nur said...

Tahniah le.. betul.betapa besar pengorbanan guru..
Jemput ke:ALL IN ONE