iklan

Followers

Pages

Wednesday 16 February 2011

Kak bot, naik motor bot

Birthday kek untuk mak oleh abg Mir & kak Om

Semalam, 15 Februari 2011 merupakan hari ulang tahun mak yang ke 69. Angka yang sangat bermakna ; Filem P.Ramlee Keluarga 69, plate kereta pakcu aku, dua nombor pertama plet kereta aku & hubby aku. Terpulanglah nak fikir maknanya yang lain.

Setahun aje lagi umur mak nak genap 70 tahun. Tua benar dah mak aku rupanya. Alhamdulillah setakat ni mak tak ada penyakit yang menakutkan seperti kencing manis, lemah jantung dan sebagainya. Cuma mak selalu lenguh-lenguh kaki dan lutut.

Usianya 31 tahun semasa melahirkan aku sebagai anaknya yang keempat. Eh! Cepat lagi akulah ye sebab anak aku yang keempat lahir masa aku berusia 29 tahun.

Tahun ini sama pula dengan tarikh sambutan Maulidur Rasul kalau ikutkan kalendar Masehinya.

Mak lahir pada tarikh yang penuh sejarah iaitu 15 Februari 1942. Adik-beradik mak memanggilnya 'Bot' atau Kak 'Bot'. Nama sebenar mak sedap sebenarnya ; Sharrah binti Sulaiman. Ada juga yang eja namanya Saerah... macam nama adik Dato' Siti le pulak ye!

Ni ucapan dari cousin aku (anak angkat bik Sal) : Hepi befday wan chek bot.. (kan dah kata!)

Macam mana lah dapat nama 'Bot' ni, sampai aku pernah buat pantun masa aku kecik dulu ; Kak Bot naik motor bot! Tak pe.. mak aku tak marah pun. Mak kata masa tu tengah ribut-ribut perang Jepun serang Tanah Melayu. Bot tu dari perkataan ribut! Pada tarikh 15 Februari 1942 itulah Singapura jatuh ke tangan Jepun.

Baca sejarah kat sini :
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak

Tapi tahun ni buat pertama kali mak meraikannya tanpa ayah di sisi. Aku dapat call mak je.. itu pun lewat. Padahal akulah penyimpan senarai tarikh lahir seluruh ahli keluarga aku. Ishh... mak dah nak merajuk dah! Dah la ayah baru je pergi! Dia rasa keseorangan.. kesian mak!

Baca --> Bila hujan teringatkan ayah

Tahun ni special diraikan oleh abang sulung aku sebab masa ni mak aku ada kat rumah dia di Ipoh. Kakak ipar tersayang buat masak sedap2... adoiii..tak dapat datang. Kakak aku je yang pergi sana. Weekend ni aku nak turun Ipoh! Nak jenguk bik Sal sekali sebab Jiwa aku tak tenteram (kisah bik Sal).

Selamat hari jadi mak!... kisah aku dengan mak kat sini.

7 comments:

Yuyu Zulaikha said...

wahhh~ kim salam kat mak akak ye... ^^

semoga beliau di lanjutkan usia dan terus sihat :)


aminnnn~

Liza @ Adzriel AB said...

TQ yuyu sudi jenguk blog akak ni. suka sangat. Insyaallah akan disampaikan.

Tieah Madian said...

Selamat ulangtahun kelahiran buat mak akak..
Semoga pangjang umur dan murah rezeki..

Entry Terbaru : Ketahui Gred Untuk Url Blog Anda

farah fauzi said...

happy birthday buat mak chek bot..semoga panjang umo, murah rezeki dan diberi kesihatan yang sentiasa elok...insyaAllah..

Liza @ Adzriel AB said...

d_tieah & farah : TQ..aminnn..moga Allah makbulkan doa kalian.

Hanis Azla said...

selamat panjang umur dan sentiasa mendapat kesihatan yg baik utk mak k.liza.. selamat balik ke Ipoh hujung minggu ni yer kak..

Liza @ Adzriel AB said...

hanis azla : amin...TQ krn mendoakan.