iklan

Followers

Pages

Sunday 6 February 2011

Tetamu itu mesti dihormati


Pagi2 aku tiba-tiba teringat blog !AKU is AKU! oleh Sasa Al-Sharif. Aku lebih ingat nama Sasa Al-Sharif drp !AKU is AKU! Tajuk entrynya yg aku baca pagi ni memang selalu menjadi tajuk yg hangat juga ; Strategi Meningkatkan Trafik Blog. Entry yg dapat menggambarkan luahan hatinya juga.

Antara isinya "Blog dia ada papan kenyataan di sidebar berbunyi, "tak suka blog aku sila blah". Aku rasa mungkin korang pun pernah jumpa blog yg tulis begini & yg sewaktu dengannya. Tapi dia nak orang follow blog dia.

Pendapat peribadi aku, mungkin dia jenis yg mesra & suka bergurau tapi kadang2 agak kasar bunyinya. Apa yg terlintas difikiran korang bila baca statement macam tu agaknya. Aku memang rasa tak selesa pun. Tapi kerana memikirkan "budak muda lagi!". Bagilah peluangkan.

Cuma teringat pesanan hubby aku "tetamu itu mesti dihormati! Tak kiralah kita sukakan dia atau tidak!". Maknanya gunalah bahasa yg baik dgn tetamu2 kita. Lainlah kalau yg datang tu memang kawan gila2 kita juga! Bolehlah kot nak guna bahasa "tak suka blog aku sila blah". Tapi yg datang tu bukanlah semuanya kawan gila2 kitakan. Mungkin ramai yg follow blog kita, tapi cuba tengok yg komen di blog kita tu follower kita yg lama atau yg baru je follow.

Saya memahami keadaan gila2 bergurau ni, sebab saya sendiri pun pernah buat. Semakin kita dewasa, semakin banyak yg kita lalui, semakin juga kita berusaha utk menjadi lebih matang. Yg baik itu dari Allah, yg buruk itu dari saya.

4 comments:

starsyeea said...

ha'ah kan....lain je rase bila bace camtu. betul la pun dia cakap, kalu tak suke sila blah...tp mgkin perlu haluskan lagi...best je blog die...hehe

n folo u :)

Asri Alam said...

terima kasih sbb sudi kongsi :)

Liza @ Adzriel AB said...

starsyeea : suka idea "perlu haluskan lagi".

Liza @ Adzriel AB said...

sasa : sama2..thanks juga share idea2 yg patut saya buat.