Sebenarnya banyak blog yang aku rasa memang patut popular pun. Senarai dalam blog list Sifu aku tu memang dah popular. Tak perlu aku senaraikan lagi. Aku suka semua blog yang ada dalam blog list aku. Itu pun ada lagi yang mana aku baru kenal tapi tak masuk senarai lagi. Bukan tak sempat nak up-date, lupa saja.
Setiap blog pun punya kategori sendiri seperti entry tentang kehidupan sosial, kekeluargaan, ilmu tentang IT, gelagat pelik manusia, perniagaan, politik dan sebagainya. Semuanya aku suka sebenarnya asal saja gaya bahasanya jelas, menarik dan yang penting tidak menyebabkan provokasi yang melampau.
Aku suka pada mereka yang tidak berkira, memahami masalah orang lain dan menghormati orang lain. Adakalanya kita tidak suka pada satu-satu blog. Berlalu saja dari blog itu. Tak perlu kita meninggalkan komen-komen yang berbahasa kasar dengan niat menyakitkan hati tuan blog. Gunakanlah bahasa yang elok jika benar-benar ingin menasihat tuan blog. Pergaduhan tidak akan berakhir jika masing-masing menudingkan jari menyalahkan sesama sendiri.
Wajarkah kita merajuk atau marah jika kita follow blog itu tetapi dia tak follow kita semula. Setiap orang punya minat dan kesukaan yang berbeza. Mungkin blog kita tak sesuai dengan minatnya atau dia memang jenis yang tak mudah nak follow mana-mana blog sesuka hatinya. Buang rasa merajuk tu jauh-jauh. Kalau kita rajin jenguk blog dia dan selalu berikan komen yang baik, Insyaallah dia akan follow kita nanti. Kalau dia tak follow juga, jangan layan rasa merajuk tu. Jangan give-up macam kisah Umpama lipas besar ni!
Orang yang suka merajuk akan rugi besar tapi mungkin juga boleh mendatangkan keuntungan besar. Jadi kenalah pandai nak pilih keadaan mana yang sesuai bila nak merajuk atau nak beralah. *(^_^)*.
Terima kasih atas komen-komen membina dan mesra yang korang tinggalkan di blog aku yang sering buat aku tersenyum dan adakalanya buat aku ketawa sorang-sorang. Insyaallah! Setiap lawatan korang ke blog aku akan aku balas. Cuma cepat atau lambat saja. Tetapi ada juga yang aku tak dapat nak jenguk kerana ada virus 'Malware' yang menyerang blog korang.
p/s : Macam bagus je nasihat orangkan, aku sendiri pun kadang-kadang angin satu badan!
11 comments:
Assalamualaikum Liza
terima kasih atas nasihat2 tu
moga liza terus berjaya
Wassalam
Rozali : Wa'alaikumsalam. Terima kasih juga kerana banyak manafaat yg saya dapat dari blog en rozali.
;) sama2lah kita cuba kawal emosi hehe
nak merajuk tu tak salah klu kena pada tempat dan tak menyusahkan diri sendiri dan org lain kan kak.. sesekali kena layan juga mood suram tu.. he..he..
yuop setuju..jgn merajuk.klu merajuk sekejap takpe kott..hehe
sy kekadang merajuk jugak..hehe..tp sesaat dua jela..sbb sy ikhlas follow, sy suka baca blog dia, bukan mengharapkn dia follo balik.
ardinihumaira : bila ada kawan2 memujuk, terubat juga hati ini. TQ dear!
Hanis Azla : betul tu, jangan terlebih sudah aje.
Puan Kutu : mestilah... merajuk lama2 rugi peluang keemasan nanti.
Hafzan Sarah : mcm tu lah adik akak..
yezza...saya sokong!
Post a Comment