iklan

Followers

Pages

Friday, 1 April 2011

Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat


Hari ini aku dapat assignment dari Hanis Azla. Aku kena hantar kat lecturer yang agak berapi iaitu Jejaka Terhangat. Tengoklah gambar dia kat atas tu. Takut aku kalau tak siap sebelum pukul 10 malam ni. Ada yang kena tembak dengan bebola api nanti! Pengaruh anak-anak aku suka tengok citer kartun le ni.

Blog Review Assignmentnya kali ini mengenai blog Diana! Yeayyyyyy.... Senyum lagi! Sebelum review, aku bagi lagu ni untuk Diana dulu. Enjoy!!


Rasanya kalau tak hari-hari, ada juga selang sehari aku masuk blog Diana. Cukup rajin dia mempublishkan entry-entry hangatnya. Pendek tetapi berisi dan menarik untuk di baca. Sesuai sangat untuk korang yang tak suka cerita meleret-leret ni.

Gaya bahasa yang bersahaja memang serasi sangat dengan minda aku untuk meneruskan membaca entry-entrynya. Aku lihat dia menggunakan ejaan yang penuh, tak adalah yang guna banyak sangat singkatan hingga boleh peninglah aku yang dah nak 40-an ni baca.

Kebanyakan entrynya adalah sesuatu yang bersifat kekeluargaan dan masyarakat sekitar yang sudah tentu ianya dekat di hati kita. Adakalanya kita memandang remeh tentang sesuatu perkara tetapi yang remeh itulah jika dibiarkan akan menjadi masalah besar.

Tiada apa yang nak aku komen tentang blognya. Sedap saja di mata aku untuk aku terjah hari-hari seperti biasa!

Aku tag Sofya dari hujung utara. Mai sini buat assigment! Sebelum pukul 10 malam ni kena hantar dah!

5 comments:

Hanis Azla said...

best aje cara akak review.. menarik..

diana said...

terima kasih ikut serta..
insyaallah akan saya
buat yang lebih baik selepas ni..
ini memang blog saya tapi
saya tulis untuk semua..:p
terima kasih sebab menerima blog saya seadanya...

eqbalzack said...

salam....legaanya baru submit manuscript utk international conference...nak enjoy2 hari. jom...hehe

So Shy Lady said...

kacak luar kacak dalam
kacak dengar siniiii
heheh ;D

Jejaka Terhangat said...

point2 yang baik. thanks sbb sudi join assignment review 4 ni ye. keputusan asaimen dah keluar. meh terjah sini =)

Pemenang Blog Review Assignment 4