iklan

Followers

Pages

Tuesday, 5 April 2011

Kisah pelawat shoutbox aku

Pagi ni aku akan jenguk-jenguk kalau ada komen-komen dari mereka yang melawat blog aku. Alhamdulillah! Tiada anonymous yang komen. Tapi kalau ada komen positif akan aku publishedkan juga. Kalau negatif tu memang kena rejectlah.

Menjenguk shoutbox aku kelihatan Sofya, gadis dari hujung utara melawat. Lansung aku ke blognya membaca kerenah adik-adiknya yang lucu. Benarlah anak-anak kecil ni menghiburkan. Ada saja kerenah mereka yang tidak kita jangka. Kreatif. Sempat aku tinggalkan pesanan mengenai segmen 4 aku yang sedang berlansung. Dia tak sempat join segmen sebelumnya.

Teman yang rajin melawat aku, Sekamar Rindu yang begitu puitis dengan puisinya dan kisah-kisah pelik di blognya. Dah baca kisah kambing kena waran tangkap? Aku suka ke blognya kerana setiap lagu yang dialunkan sangat sesuai dengan jiwa aku. Macam ada persamaan pulak ye! Kadang-kadang saja aku biarkan blognya terbuka untuk dengar muzik yang mengasyikkan sambil aku terus menaip di blog aku. Kalau ada yang tak berkenan boleh 'OFF' di bahagian bawah blognya. Scroll down lagi le sampai jumpa MUSIC DUMPER.

Ha... Adam Roslan datang melawat. Terima kasih Adam. Agak teruja aku dengan entrynya ini. Korang patut baca sebagai panduan tentang tukang rumah yang mencekik darah betul.

Kalau aku ni memang suka berdikari. Begitu juga hubby aku. Kalau bab paip bocor, tukar lampu rosak, tukar suis lampu rosak atau tukar soket plug yang rosak akan kami lakukan sendiri. Tidak kiralah sama ada hubby atau aku yang buat. Aku sendiri dah biasa memanjat tangga menukar lampu kalimantang. Aku pernah pasang set lengkap lampu kalimantang satu persatu sebelum di gantungkan ke siling. Suis lampu bilik anak aku yang rosak pun aku juga yang menggantikannya bila hubby asyik lupa nak buat. Mungkin sebab aku ada masa untuk buat begitu. Kalau kami upah orang, takut upahnya seperti tak masuk akal seperti yang Adam Roslan alami dalam entry tu.

Setakat ni dulu. Ada jemputan kawan lama yang juga lecturer join main bola tampar di KUIS pagi ni. Aku yang offerkan diri sebenarnya.

4 comments:

ummiross said...

Betul tu liza, ummi pun pernah terkena upah yang tak masuk dek akal, tapi apakan daya, ummi bab pasang memasang ni lemah sikit...
Nak main bola tampar gak...

Adinda Amy Sensei said...

assalamualaikum...apa khbar kak liza?

Dr K said...

best jugak ada shoutbox ni kan...

Sofya said...

1. Aik?! nama saya naik lagi kat blog akak.. tumpang glamer akak la plak.. toceh2 sebab selit sofya kat n3 akak. Nt saya join segmen yg baru ni k..

2.kisah kat blog saya tu banyaknya gelagat anak2 saya bukan adik2 la kak..

3. wah! hebatnya akak.. mampu pasang lampu sendiri.. jimat money kan..