iklan

Followers

Pages

Friday 15 April 2011

GIVE AWAY TERJELITA ~ UNTUK PEMBACA MELURJELITA.COM YANG BERTUAH



Tinggal 2 hari saja lagi contest ini akan berakhir di SINI

Pertama kali menjengah ke blog Melur Jelita sudah membuatkan aku jatuh cinta dengan isi-isi entrynya. Aku tertarik dengan gaya bahasanya yang lembut tetapi punya maksud yang tegas.
Kebanyakan entrynya berkisar tentang kekeluargaan, masyarakat sekitar dan tentang hati dan perasaan. Secara sinis terselit pelbagai nasihat yang harus tidak dipandang ringan.

Setiap hari ada sahaja isu yang ingin dikongsi. Ada sedih dan ada lucu. Adakala mampu mengundang air mata aku. Bagi yang suka membaca novel memang harus terjah di link INI. Setiap part cerita diolah dengan menarik hingga mampu membuatkan orang lain ternanti-nantikan part seterusnya.

Entah 'chemistry' apa, sering saja aku bersetuju dengan kebanyakan pendapatnya dalam entry-entrynya. Sangat menarik! Banyak ilmu yang tersimpan di situ dan banyak juga pengajaran yang mesti diambil kira.

Jelita punya maksud tersendiri "J- Jujur, E-Empati, L-Lemah lembut, I-Ikhlas, T-Tegas, A-Amanah" yang di terjemahkan oleh Kak Melur Jelita sendiri. Namun janganlah kita hanya melihat perkataan disebalik singkatan 'Jelita' itu sahaja. Rungkaikan setiap satu bahawa kejujuran, sifat empati, lemah-lembut, keihlasan, ketegasan dan amanah adalah satu pakej yang lengkap bagi seorang insan yang berkualiti untuk kita sayangi dan hormati.

Terima kasih kak Melur kerana sudi berkongsi kisah yang mampu menginsafkan dan memberi banyak manafaat buatku.

9 comments:

Melur Jelita said...

Salam Liza Jelita,

terimakasih atas penyertaan adik yang jelita...sangat menghargainya..

ummiross said...

waa lumayan jugak hadiahnya....

Dinas Aldi said...

akak doakan Liza menang, insyaallah!

Liza @ Adzriel AB said...

Melur Jelita : TQ juga buat kak melur yg sentiasa beri semangat.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : kalau dpt boleh honeymoon. he..he..

Muhaimin said...

Untuk perempuan je ke kak?

Liza @ Adzriel AB said...

Dinas Aldi : moga makbullah doa kak dinas.

Liza @ Adzriel AB said...

Muhaimin : Eh! Untuk lelaki pun boleh juga. Adeq joinlaa..

Muhammad Izuan said...

good luck :)