iklan

Followers

Pages

Saturday 2 April 2011

Dia ni tak normal ke?

Aku sedih betul dengan orang yang macam ni. Bila susah, merayu-rayu minta kita tolong. Bila dah senang, kita tegur pun buat muka sombong je. Macam aku nak minta tolong dari dia pulak.

Manisnya muka dan lembutnya bahasa dia. Jaga-jaga aku dah tau ada benda yang dia nak aku tolong tu. Bila hal tu aku boleh tolong, aku tolong aje. Bukan minta dia balas pun. Cukuplah hormat aku sebagai kawan dia. Ini tidak, bila dah dapat..... telinga dah pekak dengar suara aku, mata pun dah tak nampak aku.

Bila esok dia datang balik minta maaf, aku jadi cair. Hilang dendam dan marah aku, belum tahap kau ganggu maruah aku tu kira ok lagi. Tapi sekarang dah banyak kali di buat begitu hingga hati aku jadi mual. Bila dia datang tersengih-sengih, aku buat selamba dan berkata "Maaflah! Aku tak boleh tolong!".

11 comments:

Meera Aziz said...

knp aunty?? siapa yg buat aunty mcm tu? (sori kalau menyebok...huhu)

Puan Kutu said...

memang patot ajar org camtu, sy pun dah byk kli terkena..

Guru said...

assalammualaikum liza,

manusia punya pelbagai warna kulit dan ragam... banyak bersabar

sarah-najwan said...

jenis kwn gini..sekali kene kita kene igt2..jgn dilayan lagi..buat xkisah ajo..

kwn2lah dgn org yg tahu menghargai kita sbg kawan..

Liza @ Adzriel AB said...

Meera Aziz : tak pe menyebok, dah storynya open kat sini. meluahkan geram je tu. aunty under control.

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : kita bakor je.. ha..ha..

Liza @ Adzriel AB said...

a kl citizen : wa'alaikumsalam. itulah.. kesian bila dia tak berubah2 lagi.

Liza @ Adzriel AB said...

sarah-najwan : susah nak elak juga kadang sebab selalu jumpa.

ummiross said...

Hmm susahkan ada kawan camni kan liza, tak tolong salah, dah tolong lagi parah...

Latifah said...

biasalah kak, masa nak mintak tolong, sanggup cari kita malam-malam buta.
lepas tu hilang tanpa dikesan.
huhuhu

manueng said...

org cani mmg byk...pelik gak... diorg x rasa apa2 ke? x rase malu? mintak tlg kat org pastu menyombong pulak...ish3~