iklan

Followers

Pages

Thursday 14 April 2011

Semalaman mak tak dapat tidur

Lebih kurang pukul 4 petang tadi kakak SMS kata mak demam dan cirit-birit. Kesian mak! Sakit sorang-sorang je kat rumah. Mak sekarang ada di kampung. So aku pun terus call handphone mak. Mak dah ok sikit cuma ada mual sikit katanya.

Malam tadi mak kata nak buang angin je, rupa-rupa tercirit. Habislah kain dan cadar tilam terkena. Aku kata letakkan aje dalam bilik air tu. Basuh je bila perut dah ok. Tapi mak aku ni memang tak suka kotor-kotor ni. Jam tu juga dibasuhnya kain-kain yang kotor tu.

Sepanjang malam mak tak dapat tidur dek kerana kejap-kejap nak ke toilet. Nasib baik toilet dalam rumah. Bukannya macam zaman aku kecik dulu, tengah malam takut-takut je nak pergi jamban kat luar rumah tu. Aku bukan takut hantu tapi takut 'ba alif ba ya'. Maaf ye! Aku tak suka menyebut nama dia.

Mak kata dia lupa di mana dia letak ubat cirit yang pernah aku bekalkan untuk dia dulu. Cuma terjumpa pil chi-kit-teck-aun je. Itu pun ada separuh dos. Sakit perut pun tak hilang. Teringat pulak malam tadi pun tak lena juga tidur gara-gara Arif yang kejap-kejap kakinya naik ke muka aku. Azri pun mengadanya nak menempel kat aku jugak.

Pil Chi-Kit-Teck-Aun

Pagi tadi baru dia jumpa ubat cirit yang warna hijau tu. Dhamotil namanya. Biasa aku makan sebiji je, Insyaallah ok. Alhamdulillah! Sakit perut mak dah kurang. Mak rasa mual je dan belum ada selera nak makan. Kesian mak dari pagi tak makan apa. Cuma minum air aje.

Ubat tahan cirit - Dhamotil

Agaknya mak sakit perut sebab sos cili kisar yang dia gunakan untuk buat masak asam pedas ikan merah. Tengahari semalam mak malas nak tumbuk cili, jadi mak guna sos cili tu. Jadinya mak buang ajelah baki lauk ikan merah tu. Baru makan sikit je! Sayangnya mak kata, sepotong ikan tu dah RM4. Aku melawak "Mahal lagi ikan patin mak! Sepotong RM80". Takpelah, redha je lah dibuang daripada memudaratkan diri.

Lepas tu aku call kakak aku untuk memberi laporan terkini tentang keadaaan mak. He..he.. macam PA (Personal Assistant) ye! Kakak respon "Esok aku balik teruslah ke sana!". Lupa pulak nak tanya dia balik pagi atau petang. Petanglah kot sebab pagi anaknya yang nombor dua tu sekolah. Sabtu ni memang dah plan kesemua lima beradik nak balik kampung. Ada agenda gotong royong membersihkan dalam dan luar rumah, sembur ubat anai-anai dan sebagainya. Masa arwah ayah ada dulu, sembur ubat anai-anai ni memang dah tugas wajibnya. Sekarang jatuh pada anak-anak le yang kena buat semua tu. Manalah larat mak nak buat semua tu.

Tadi sempat aku singgah klinik untuk ambil bekalan ubat sakit perut dan demam untuk mak. Ubat-ubat yang memang biasa aku sentiasa sediakan untuk waktu-waktu kecemasan aje. Begitu juga setiap kali keluar untuk perjalanan jauh aku memang selalu bawa bersama ubat demam dan sakit perut untuk anak-anak. Sakit perut dan sakit kepala ni menyiksakan tau. Orang yang sering merasainya saja yang faham. Belajarlah memahami perasaan orang yang sedang dalam kesakitan.

Aku ingat mak aku je kena cirit-birit, rupanya dia INI pun kena juga. Makan ubat ye!

6 comments:

Sofya said...

bagusnya pakat adik-beradik wat gotong-royong bersihkan rumah mak.. sejuk perut ibu mengandung..

Puan Kutu said...

Alhamdulillah akk adik beradik bergotong royong cmtu.senang hati dengar,cepat sembuh yer mak.hehe..

ummiross said...

ummi pun biasa makan ubat hijau tu, kecik je kan, senang nak telan. Semoga mak liza segera sembuh.

Liza @ Adzriel AB said...

Sofya : kesian mak dah tua. suasana bersih, selesa nak tinggal.

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : sekali-sekala.. seronok.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : Amin...moga Allah makbulkan doa ummiross