iklan

Followers

Pages

Friday, 1 April 2011

Anak-anak pun mengerti


Gambar dari blog sini

Ani : Mak saya dah perasanlah sikap suami saya sekarang ni kak!

Aku : Camner mak Ani tahu?

Ani : Setiap kali saya melawat dia di kampung, suami saya memanjangnya tak ikut sama. Saya cuma datang dengan anak-anak je.

Aku : Kebetulan dia sibuk agaknya.

Ani : Memang dia sibuk pun. Tapi mak pernah kata, kalau suami ada pun dia macam menyendiri je. Tak banyak cakap. Tak berapa nak peramah sangat macam dulu-dulu dengan adik-beradik saya. Dah tu cepat-cepat je nak balik. Itu yang kadang-kadang saya malas nak ajak dia balik kampung mak saya.

Aku : Dia ada masalah ke?

Ani : Entahlah kak! Yang saya tahu dia sibuk sangat bekerja sampai mak saya kata dengan saya "dah kaya sangat ke sampai sombong nak bercampur dengan adik-beradik!". Sebenarnya mak saya marah bila suami saya biarkan saya dan anak-anak datang dengan kereta Kancil ni sedangkan suami saya guna kereta MPV dia sorang-sorang. 4 orang anak yang saiz montel-montel belaka dalam kereta kancil memang le sendat kak! Perjalanan jauh pulak tu.

Aku : Eh! Terbalik dah tu! Patut Ani yang pakai MPV sebab selalu bawa anak-anak pergi balik sekolah hari-hari. Dia dah sorang-sorang tu kan sesuai pakai kereta Kancil je.

Ani : Dah cakap! Dia tak bagi. Nak cepat katanya... kadang-kadang dia selalu outstation ke Perak. Ingat-ingatkan sedih juga, rasa macam kami ni anak-beranak menyusahkan suami pulak. Lagi pun tak suka juga pakai MPV dia tu. Kalau anak-anak buat kotor sikit dalam kereta, memang bisinglah mulut dia berleter. Kalau tercalar sikit pun lagilah naik angin dibuatnya. Anak-anak kadang-kadang confuse dengan ayahnya yang pemurah sangat dengan orang lain tapi berkira dengan kami anak-bininya.

Aku : Cubalah Ani slow talk dengan dia.

Ani : Entahlah kak! Dah bosan! Tunggu nak explode je. Ada banyak lagi benda yang menyakitkan hati sampai anak sulung saya kata suka kalau saya dengan ayahnya berpisah dan dia nak ikut saya. Lebih aman!

Aku : Gulp!.... (terkedu)

7 comments:

Hanis Azla said...

sedihnya bila anak2 pun rasa terpinggir oleh ayah sendiri.. entah apalah masalah suaminya yer kak.. kita sama2 doalan yg terbaik untuk mereka..

BTW, saya ada tag akak utk segmen review blog.. Klu akak free nnt boleh join. Tarikh tutup 10 mlm ni..

rohaadam said...

urm...bila terjadi perkara2 macam ni, kesian sgt kat anak kan?

Isteri Yang Comel said...

alahai sedihnyer baca

Asterisk Boutique Administrator said...

Itu baru bab kereta.. kedekut nak mampu*... (sorry kasar sikit).

Kalau sakit demam sok anak bini jugak yg dicari.

Ish... tak patut betul kan.

So, apa yang Ani tu buat?

Sofya said...

simpati dengar..
Di manakah hilang rasa kasih seorang suami juga ayah..? tergamak buat macam tu. Kalau nafkah pun dia abaikan.. suruh rujuk kementerian pembangunan wanita dan keluarga la..

Puan Kutu said...

simpati dan sedih..tu rupanya ayah yg lebihkan kereta dan kawan2 dr anak bini..dasar takde otak!

kyo_9 said...

ish3..
kalau anak sendiri pon dah boleh meluahkan perkara tuh, memang kes berat nih..