iklan

Followers

Pages

Wednesday 13 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH



Hari ini Ben Ashaari buat satu segmen menarik "Bicara kasih ayah" di SINI.

Do'a Aku Instrumental-hadad Alwi
Klik kalau nak OFF muzik...

Ayah aku dah tiada di dunia ini. Ayah baru saja meninggal dunia tahun lepas 2010... banyak kisah-kisah ayah aku abadikan di SINI. Tapi kali ini aku ingin kongsikan kisah yang lain pula.

Aku tak ingat tahun bila tapi kisah ni berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Tengahari tu aku tiba di wad untuk melawat ayah bersama hubby aku. Kebetulan mak belum lagi solat zohor, maka mak minta aku tolong tengok-tengokkan ayah. Sementara mak ke surau, aku dan hubby berbual-bual dengan ayah. Seperti biasa aku urut perlahan kaki ayah. Itu aje yang mampu aku lakukan pun untuk menyenangkan hati ayah. Ayah ada sakit jantung, pemakanan semua mesti dijaga dengan rapi.

Sedang berbual tiba-tiba ayah kata ayah nak ke bilik air. Ayah nak buang air besar. Jadi aku pun pimpin ayah berjalan ke bilik air yang ruangnya agak luas. Aku kata pada ayah yang aku akan tunggu di dalam bilik air tu juga sementara dia buang air besar. "Tak pe ayah! Liza tak pandang ayah!". Kemudian ayah kata dia nak basuh dan minta tolong aku hulurkan getah paip. Aku kata aku nak basuh punggungnya. Ayah malu agaknya lalu dengan perlahan dia berkata "Ayah buat sendiri je!".

Lantas aku katakan pada ayah "masa Liza kecik-kecik dulu ayah yang basuhkan berak Liza, sekarang ayah tak larat! Jadi, bagilah peluang pada Liza untuk buat pahala dengan ayah! Meh Liza basuhkan. Bukan susah pun!". Ayah beralah kerana dia sendiri pun kelihatan susah nak menghulurkan tangannya untuk membasuh punggungnya sendiri.

Dulu ayah pernah basuh punggung aku dengan air Coke sebab tak jumpa air paip. Tiada seorang pun ahli keluarga aku yang tahu kisah ni. Inilah kali pertama aku ceritakan di sini. Kalau tak silap aku kisah ni berlaku di Sungai Siput (U), Perak. Aku berdua dengan ayah je rasanya dari Jengka, Pahang nak balik ke kampung Lasah, Perak. Aku baru berumur 5 tahun agaknya. Aku sakit perut dan toilet pulak tak ada malam-malam begitu. Tahun 1978, mana ada toilet awam. Jadinya longkanglah aku tibai. Ingat-ingatkan semula rasa tak senonoh betul. Darurat, hentam ajelah!


Bagaimanakah yang dikatakan cara terbaik mendidik anak-anak? Tiada cara yang lebih baik dan terbaik selain daripada panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Andai kita inginkan hasil anak-anak yang baik maka amalkanlah panduan itu dan laksanakanlah bahagian kita sebagai ibu bapa. Selebihnya kita berserah kepada Allah. Maka aku kongsikan link yang sangat bermakna ini buat para semua agar kita semua mendapat manafaatnya.

13 comments:

CIK TOM said...

sedih bc kisah ni..semoga ayah akak ditmptkan dikalangan org yg beriman..amin...

Puan Kutu said...

Al-fatihah utk aruah ayah k.liza dan aruah pak sy jugak..kasih ayah tiada tandingnya..

Unknown said...

sedihnye..
untung ada ayah ni..
saya tak de ayah..
hilang!
heheh

eyna azmi said...

kita senasib ..ayah eyna pun dah pergi bulan puasa last year..


alfatihah untuk arwah .

manueng said...

sedih bace kisah ni...sy harap sy ade utk mak n ayah sy masa diorg dah tua nnt...mmm

Pak Aji said...

salam kenal.. dtg dr blog hj ben.. hehe

mas saari said...

salam singgah!
begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah..mmg tiada tandingnya!

Al-Fatihah utk arwah ayah awak..

Anonymous said...

salam singgah dari blog BA.al fatihah utk arwah ayah.semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

fRaMe+LenSeS said...

tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
Salam singgah salam ziarah dari nadh..
kita jadi anak soleh untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

Nadh datang melawat ni.. ;)
kisah anak Ayah Budak Nakal

Cik Cempaka said...

salam...

sangat merindui dia jugak..

Lulu Caldina said...

takziah kak...

Nadia said...

Al-Fatihah buat Ayah Liza Dan Al-Fatihah buat arwah ayah nad jugak..nad menangis sebab baca entry ni..:(

nad xdapat jaga ayah masa ayah sakit sebab xde orang bagi tau nad pon..sebab nad ni di pelihara oleh orang laen.:(

A.s.t.i.n.a said...

wahhh saya peminat coke..

jd seram pula nak minum coke selepas ini..