iklan

Followers

Pages

Thursday 28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER



Ada yang berminat nak join juga segmen Ben Ashaari ni?
Jangan malu-malu... klik SINI untuk join segmennya.

Kenapa aku seorang blogger?

Aku memang suka mengadap komputer, suka menulis sama ada luahan hati atau kisah-kisah semasa. Bila bercerita guna komputer, haruslah aku menaip. Menaip guna komputer ni mudah. Boleh 'undo'! Tak perlu guna pemadam atau nak garis ayat yang tersilap.

Aku 'jeaolus' tengok adik aku, Ainul AB ada blog. Dia ajar aku cara nak buat blog. Mula-mula macam tepu idea. Tengoklah blog archive aku sejak mula, Februari 2010 hingga Disember 2010 seperti ketandusan idea. Sibuk dengan anak-anak pun iye juga. Bermula Januari 2011 aku mula meluahkan segala macam idea dalam blog ni. Seronok pulak. Dari facebook beralih ke blog.

Banyak kisah-kisah keluarga, aku sendiri dan masyarakat di sekeliling yang aku ungkapkan dalam blog ini. Aku kongsikan dengan semua yang mengunjungi blog ini.

Pengalaman setiap orang itu berbeza walaupun mungkin tujuannya sama. Mungkin ada perkara-perkara kecil yang aku alami tidak pula korang pernah tahu. Begitu juga sebaliknya. Umpama aku punya anak, antara kalian pun ada yang punya anak diusia sekian-sekian. Tapi adakah sikapnya sama? Adakah ketinggian dan beratnya sama walaupun mungkin usianya sama?

Bagaikan kisah derita insan lain yang mungkin tidak menimpa kita tetapi aku kongsikan sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri dan untuk kalian juga menilainya. Cukup aku merasa insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada setiap kali aku kongsikan kisah-kisah itu. Mudah! Taip saja dalam blog yang akan tersimpan sebagai sejarah buat anak-anak dan cucu-cucu aku nanti dan boleh dibaca dari mana jua. Insyaallah!

7 comments:

Unknown said...

saya pun ada blog sebab suka tengok blog orang..
tapi bukan sedara la..
heheh

Haris Kaito said...

datang dari blog abg Ben... :)
kalau sudi singgah la balik...
follow lebih baik...he3...

JOM TERJAH SINI

Dinas Aldi said...

Setiap orang punya sebab tersendiri untuk berblogging kan, dik :)

ummiross said...

sekarang ni seronok baca blog dari suratkhbar, macam2 kisah ada, suka duka, gurau senda, semuanya ikhlas dari hati...

dyea irdina said...

ye betul blog lg best dr Fb..blog boleh menyimpan banyak memori2 kita unt tatapan anak2 bila besar nanti..insyaallah

.dida mumin♥ said...

Merayau-rayau dari segmen BA...follow u! (",)v

Unknown said...

terjah sini..nak tau knp awk jd seorang blogger..huhu..rjin singgh la blek..

http://zonesaye.blogspot.com/2011/04/santai-ben-ashaari-kenapa-aku-seorang.html