iklan

Followers

Pages

Monday 11 April 2011

Bayi yang kuinginkan



Aku pulak yang happy bila dengar kawan-kawan pregnant. Last week jiran aku bagitau dia pregnant. Dia segan nak bagitau awal sebab takut tak jadi. Dia ada 'bad experience' tentang pregnant ni. Setiap kali pregnant akan sentiasa ada 'bleeding' dan dia pernah keguguran. Berapa kali tu tak ingat pulak aku. Anaknya sekarang kedua-duanya boy yang comel, 5 tahun dan 1 tahun. Memang kena jaga betul-betul sepanjang tempoh pregnant tu. Jiran aku yang paling pemurah selama dua kali aku berpindah rumah. Ni kisah depa dulu.. he..he..


Aku kata tak pe lah inform awal pun. At least sebagai jiran aku akan selalu berwaspada juga untuk sebarang kecemasan. Aku harap semuanya ok. Hubbynya selalu outstation terbang sana-sini. Bila dia balik, aku jirannyalah dapat 'tempias' yang best-best. Alhamdulillah sebab maknya tinggal sekali dengan dia. Saling jaga-menjagalah sebab maknya nampak awet muda aje dan cergas lagi. Suka usik mak dia. Bila kawan-kawan dah tau, sama-sama mendoakan keselamatan mommy dan baby.

Kawan yang sorang lagi ni pun pregnant juga. Dah confirm buat UPT (Urine Pregnancy Test) kat rumah. Doktor pun dah sahkan. Jom baca siapa dan apa ceritanya :


Jadi, untuk mommy-mommy yang tengah pregnant tu ada info yang Puan Kutu dah sediakan untuk kalian kat sini. He..he..teringin lagi ke Puan Kutu?


Kita gembira dan bersyukur apabila mendengar berita tentang kehamilan. Ada yang menyambut berita gembira dengan mengadakan kenduri kesyukuran dengan harapan dan doa agar siibu dan anak di dalam kandungan akan selamat dan sihat sejahtera sentiasa. Namun itu adalah untuk kehamilan yang halal, bukannya hasil dari hubungan yang haram.

Jika kehamilan dari hasil dari hubungan yang haram, berita disambut dengan tangisan kesalan yang sudah terlambat. Berita yang boleh mencetuskan pelbagai reaksi dan kesan buruk dari pelbagai pihak hingga mampu mengakibatkan kehilangan nyawa. Tidak kiralah sama ada nyawa wanita hamil yang melayang akibat dibunuh oleh ahli keluarga sendiri yang malu atau teman lelaki yang ingin lari dari tanggungjawap dan boleh juga wanita itu sendiri yang bunuh diri.

Malah mampu juga menyebabkan kesalahan demi kesalahan dilakukan yang masih menjadi masalah besar di negara kita ini iaitu isu membuang bayi. Bayi mungkin hidup dan mungkin juga tidak bernyawa. Malangnya hidup si ibu terbuang dari keluarga sendiri, mungkin dipenjarakan atau hukuman yang lebih berat akan ke tali gantung. Semuanya gara-gara kehamilan yang haram.

Bagi aku kisah wanita ini pula adalah sangat gila dan terkutuk. Dia merosakkan diri sendiri bukan sahaja dari segi akal dan minda malah fizikalnya sendiri. Jiwanya akan merana apabila impian yang diharapkan tidak tercapai. Mudahnya termakan pujuk rayu dan mengikut kata hati yang hanya nafsu buruk semata-mata. Bagi aku matang bukannya semata-mata pada usia yang dalam lingkungan dewasa. Adakala yang dewasa lebih tinggi tahap kebodohannya berbanding anak-anak remaja. Bacalah kisah wanita ini di SINI.

15 comments:

Suara Kalbu said...

Tahniah utk jiran akak tu. Bilalah turn ida ni huhuhu...

Kes buang bayi ni memang dah letih nak cakap dah. Selalu doa kalau depa nak buang bayi, tolong letak depan pintu rumah ida

tim_fs said...

kak..ckp congrats kat dia tau..kak ni sya nak bg soalan maut ni..
kak liza pon teringin bby lagi ker??....jwb jgn tak jwb kak...

-Sara- said...

tq kak liza sbb sudi share entry sara tu ngn kawan2 blogger lain, tq sgt :)

Dr K said...

pregnancy ialah satu fasa yang menarik+stress+penuh warna warni !

saya ialah seorang suami yang mana isterinya sedang pregnant 33 minggu hari ni! :)

Siti Hajar Masri said...

dgr org pregnant mcm kita pun teringin nak pregnant tp keadaan tak mengizinkan..hehe~

Liza @ Adzriel AB said...

Suara Kalbu : buatlah satu entry khas..sapa nak buang baby meh rumah ida.

Liza @ Adzriel AB said...

mama tims : oo.. soalan maut ekk. boleh...boleh. tim bagi jumlah sama kak liza dulu. lepas tu kita saing baby ke-6. boleh tak?

Liza @ Adzriel AB said...

-Sara- : seronok

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : wow! 7 minggu je lagi. hope mommy ziyyad kuat semangat.

ardinihumaira said...

dni tak saba nak kawen.. pastu nak rasa debaran nak bercahaya mata ;)

NisaAdnan said...

WAHH BERTUAHNYA DPT JIRAN YG CARING :)

misza said...

memang best bila dapat baby. tak tau apa perasaan orang yang sanggup buang baby.

Puan Kutu said...

mmg teringin,tp nti dulu kot.hehe..tq yer share link entri sy tu..

atuk said...

Assalamualaikum Liza

tahniah kepada mereka

Wassalam

sW33tdARLiNG said...

nak jugaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!! tapi next year laa yaa... hehehehe